Sejarah aku memandu kereta belum pernah aku kehabisan minyak di tengah jalan. Tetapi pagi ini rekod tersebut pecah bukan sebab aku boikot beli petrol sebab harganya nak dinaikkan. Mana boleh boikot beli petrol. Kalau boikot guna elektrik boleh tahan lagi sebab ada altenatifnya, generator. Kalau harga ayam naik boleh boikot juga sebab boleh makan ikan. Kalau sampai tahap kita yang bagi subsidi minyak kepada kerajaan, pun terpaksa juga beli petrol.
Baru baru ini aku ada menerima surat daripada Nissan untuk menghantar kereta ke pusat servisnya kerana ia menganjurkan kempen servis meter minyak. Beritanya ada di sini. Aku tak ambil pot hal tersebut sebab kereta aku tidak ada tanda tanda masalah yang dinyatakan. Seperti biasa 20 minit sebelum 8 am aku memulakan perjalanan ketempat kerja. Di tengah perjalanan tiba tiba kereta semput seperti orang tua terbatuk batuk. Kebetulan ada simpang dihadapan dan aku sempat park kereta ditepi. Meter minyak tidak menunjukkan kandungannya kosong. Kalau ikut keadaan jarum meter minyak, aku masih berani meneruskan perjalanan sejauh 60 KM lagi. Tetapi mengapa kereta dah tak boleh berjalan. Sepantas kilat aku teringat surat kempen yang dihantar oleh nissan tempohari yang ehtah kemana dah agaknya dipunggah lori sampah MDSI.
Bagi rakan rakan yang menerima surat daripada nissan itu, silalah pergi segera buat service apa yang dinyatakan olehnya. Kalau tersangkut diperjalanan amat menyukarkan. Mulalah nak sumpah seranah harga minyak, harga gas, harga elektrik dan segala harga yang pak pak menteri kata tidak menyusahkan rakyat.
kereta saya pun pernah jadi macam tu.en suami ckp maybe minyak dah habis..mula2 tak percaya tapi bila diisi full tank memang betul,kereta semput dah tak jadi dah...tapi masalahnya skrg nie meter minyak pun dah rosak..susah la pulak nak tahu minyak full atau tak..:(
BalasPadamsalam
BalasPadamOrg muda pun mati inikan pula org tua. Benda baru pun rosak inikan pula benda lama.
MINYAK RON 95 PUNYA PASAL TU,TV KATA MINYAK TU OK TAPI HAKIKATNYA...NASIB KITA SEBAGAI PENGGUNA DI NEGARA PENGELUAR MINYAK NI...
BalasPadamSalam TN,
BalasPadammungkin jugak, tapi tak mengapa sebab dapat tukar yg baru secara percuma. Cuma kena luangkan masa utk ke tempat service