Rabu, Mei 18, 2016

Allahyarham Ahmad Bin Abdul Manap (Mamak Amat)


Kesedihan pemergian sepupu setahun lalu Allahyarham Irwan Shah masih terasa, semalam bapa arwah pula iaitu pakcik ku pergi dijemput Ilahi bersamaan 17 Mei 2016 pukul 9:30 pm. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman. 

Sesungguhnya ujian kematian adalah ujian kesedihan yang amat berat untuk keluarga yang tinggal. Mengharung hari hari mendatang tanpa orang disayangi, menguji akan kesabaran. Semoga Makcik Jimah dan anak anak tabah akan kehilangan ini. Hari hari sunyi, kekosongan dan kerinduan akan mencengkam. Semoga keredhan dan kesabaran atas ujian Allah ini akan menguatkan keimanan kita bagi meneruskan kehidupan yang berbaki ini.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

 Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan hasil kekayaan, kehilangan jiwa (kematian) dan kekurangan makanan. Dan sampaikanlah Khabar gembira pada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155). 

Al Fatihah.

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum... lama tak bersiaran atau kakak yg tak terjumpa entri. Sesungguhnya satu yg pasti buat kita adalah 'MATI'. Yg ditinggal sedihnya mencengkam hati tetapi yg pergi sudah berada di dunianya. Doakan mereka.

    Salam takziah dari kakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W,salam Kakzakie, memang lama tak bersiaran. Usaha juga utk kerap bersiaran, tapi....sebok ke fb lah, wasap lah...Bila Allah tunjukkan kematian pd kita maknanya kita perlu bersedia utk menghadapi kematian..kerana kita juga akan mati.

      Padam