Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Isnin, Februari 16, 2015
Menjadi Tetamu Allah
Apabila kita berkunjung ke rumah seseorang, adab sebagai tetamu akan dipelihara. Anak anak telah diberi pesan agar menjaga tingkah laku, bahasa biar bersopan. Lebih lebih lagi jika orang yang dikunjungi orang yang dihormati keluarga dan masyarakat. Kesempatan yang terluang akan digunakan untuk mengeratkan silaturrahim sebaik mungkin.
Bagaimana pula jika kita berkunjung kerumah Allah. Apakah bentuk adab yang kita tonjolkan? Telah menjadi persoalan kini di mana ramai jemaah masjid memperlekehkan etika ketika berkunjung ke masjid.
Membawa telefon bimbit ke dalam masjid tidaklah menjadi kesalahan. Jika tiada keperluannya adalah lebih baik ditinggalkan. Masalah telefon berbunyi ketika solat menunjukkan ketiada adaban. Orang tahu kamu lupa tetapi berpunca sikap tidak mengambil berat. Lebih tidak beradab apabila jemaah ber "WhatsApp" sambil mendengar kuliah daripada ustaz. Lebih teruk lagi ada yang menggunakan telefon dengan suara yang boleh mengganggu jemaah lain. Jika penting sangat pun silalah keluar masjid dan bercakap perlahan mungkin dan ringkas.
Gunalah setiap saat dan ketika menjadi tetamu Allah dengan perkara perkara yang mendekatkan kita denganNya. Jika kita memelihara adab kita ketika berada dirumah manusia mulia maka lebih utama lagi hendaknya ketika berada di rumah Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum YB... hanya yg alert aje sedar dimana dia berada. Memang kadang terdengar dan nampak tapi nak menegur tak terkeluar. Serba-salah. Begitulah jgn kerana kesalahan kita yg tak beretika di dalam rumah Allah org lain pulak tempias dosa dek kerana berfikiran tak baik terhadap perlakuan salah kita..
BalasPadam