Isnin, November 11, 2013

Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar

 
Sudah agak lama tidak berkunjung ke Alor Setar. Sekurang kurangnya 5 tahun sebab sepanjang pemerintahan Pas diKedah aku tidak kesampaian ke sana walaupun keinginan ada tersemat di hati. Ingatkan pemerintahannya berpanjangan rupanya terkubur sudah mungkin masih kurangnya keyakinan terhadap perjuangan yang ditunjukkan sebelum ini ataupun terumpan dengan tipu daya. Apa pun aku bangga rupanya Alor Setar berkembang seperti ibu negeri ibu negeri lain diMalaysia ini.
Untuk menyempurnakan solat zohor aku singgah di Masjid Rafeah. Masjid ini agak unik sebab binaananya bulat. Ianya mengingatkan aku bazar bulat di Ipoh.
 Di luar dewan solat ada laluan mengelilingi masjid sebagai laluan jemaah untuk memasuki masjid.
Daripada sebelah dalam kita boleh melihat bentuk bulat masjid ini melalui karpet tersebut. Masjid ini tidaklah terlalu besar namun terdapat satu binaan tambahan disebelah masjid ini seperti gambar di bawah.
 Binaan sebelah kanan ini boleh menampung jemaah sekiranya dewan solat utama masjid penuh. Saiznya agak besar.
Yang bagusnya ruang tambahan ini tidak berdinding sebelah tepinya. Ini mungkin untuk kemudahan para musafir ataupun sesiapa yang ingin beriktikaf sekiranya dowan solat berkunci. Ianya dibina dengan sempurna untuk manfaat orang ramai.
Jangan jadikan seperti sesetengah masjid yang dikunci keseluruhannya. Untuk mengelakkan ianya diceroboh oleh anasir jahat menyebabkan masjid tidak dapat dimanfaatkan oleh sesetengah jemaah. Sesuatu pendekatan mesti dicari. Di samping memelihara keselamatan harta masjid, ianya dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan bila bila masa.
Persekitaran masjid nampak ceria dengan tanaman bunga yang menghiasa sekeliling masjid. Tanda arah untuk musafir yang pertama kali singgah seperti aku juga ada.
Bukan sahaja binaan masjidnya bulat tetapi tandas masjid ini juga bulat. Di san terdapat tandas untuk jemaah lelaki dan wanita.
 Di sekeliling masjid tersebut terdapat kolam ikan yang menghiasa persekitarannya. Cuma airnya agak tidak terurus menyebabkan ianya berwarna hijau. Kita pun tahu untuk mengurus sesebuah kolam mempunyai komitmen yang besar dan juga belanja yang banyak untuk memastikan ianya sentiasa dalam keadaan cantik.
 Kawasan meletak kenderaan untuk jemaah juga luas.
 
 Masjid ini dirasmikan pada 29 Julai 1093 oleh Sultan Kedah.
Kita ucapkan tahniah kepada semua pegawai masjid dan kariah masjid yang berjaya menceriakan masjid tersebut. yang lebih penting ialah masjid dapat berfungsi seperti fungsi masjid sebenar dalam menegakkan syiar islam dimuka bumi ini.

6 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    PAS tak buat masjid tapi mengimarahkan masjid.
    UMNO buat masjid,cantik cantik tapi kosong tiada pengisian.
    yg runtuh pun ada......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn dia orang bagi org yang runtuh akhlaknya jadi ajk masjid sudahlah...

      Padam
  2. salam.
    Terima kasih atas liputan yang menarik untuk Masjid Taman Uda.
    Old building I would say.
    Posisi gambar yang di paparkan amat menarik.
    Next time, lepak Taman Uda rumah yang opposite masjid,He's like one of the oldest peeps in Taman Uda.

    Regards,
    Penduduk Taman Uda. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aimisarah,

      Terima kasih kerana berkunjung. Beruntung lah duduk dekat masjid.

      YB

      Padam
  3. Dulu kecik2 saya salah sorang yg dukerah cuci kolam sebelom raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sugarhigh. Begitulah cara org tua tua dulu menjinakkan kanak kanak kemasjid. Apapun saya pasti sugarhigh gembira masa tu.

      Padam