Dalam perjalanan ke Pekan aku singgah di masjid ini untuk menunaikan tanggung jawab sebagai seorang muslim. Amat sesuai untuk singgah di sini setelah aku membawa ibu yang tidak berapa kuat untuk menaiki tangga. Tidak seperti sesetengah masjid yang dewan solatnya di tingkat atas.
Mimbar |
Kawasan masjid ini sungguh luas. Tersedia pondok letak kereta untuk para jemaah.
Kelihatan podok makan masjid. Aku puji kelengkapan suang makan masjid ini. Kemudahan serba lengkap. Kami yang musafir pun dapat menumpang kemudahan tersebut. Segalanya tersusun rapi dan bersih.
Kawasan lapang ini mungkin suatu hari nanti di gunakan untuk menampung pembesaran masjid yang ada kini.
Aku amat tertarik dengan apa yang terpapar di papan kenyataan masjid. Selain menguruskan masjid, ajk masjid juga mempunyai masa dalam memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat. Tidak seperti setengah masjid yang mana kerja kerja asas masjid yang sepatutnya dilakukan gagal untuk dilaksanakan.
Aku angkat ibu jari tanda pujian untuk ajk masjid seperti papan tanda di atas. Mungkin anda mengenali mereka maka sampaikan ucapan tahniah untuk mereka.
Aku terlihat sebuah bangunan seperti masjid lama berhampiran pagar masjid ini. Mungkin ianya masjid lama yang tidak digunakan lagi.
Terdapat jentera berat yang sedang melakukan kerja kerja menurap jalan. Tidak pasti samada ada kena mengena dengan PRU13 yang hampir tiba.
Pintu masuk kawasan masjid yang di lihat dari masjid.
Salam Tuan YB,
BalasPadamAlhamdulillah,saya pernah singgah dimasjid ini november tahun lepas dlm perjalanan dari Mersing keKuantan.Memang masjid-masjid dlm daerah Pekan cantik-cantik belaka,bertuah org Pekan kerana diwakili oleh PM.Ternyata beliau sangat mengambil berat tentang Islam...Semoga beliau terus berjuang mementang salah guna kuasa dan pembaziran yg berleluasa disekelilingnya...
Salam TN
BalasPadamSaya juga meletakkan harapan yg sama kepada PM kita. Saya sempat juga singgah 2 masjid lagi. Akan di muatkan utk entry akan datang.
assalamualaikum. ade tak maklumat nombor telefon ahli masjid ini? untuk tugasan esaimen kami. student dari uum.
BalasPadamBerapakah usia masjid ini dibina?
PadamMaaf saya bukan penduduk tempatan. Cuma singgah. Boleh rujuk pegawai masjid.
PadamMaaf, tiada. Boleh rujuk pegawai masjid
BalasPadam