Selasa, Januari 10, 2012

Jangan Suka Tuduh Orang

 
Selesai kuliah tafsir At-Tiin, Ustaz Onn membuka ruang pertanyaan kepada para jemaah. Lalu bertanyalah seorang ahli kariah,"Ustaz! tadi saya mendapat panggilan daripada kawan, dulu dia kata yang dia selalu menceritakan perihal liwat Anwar kepada kawan kawan. Setelah mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah maka timbul perasaan menyesal dan bersalah dalam dirinya. Oleh kerana saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat buatnya, boleh tak Ustaz bagi tahu apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kawan saya itu. Perasaan bersalah itu terlalu mencengkam perasaannya."

Ustaz Onn menjawab sebenarnya soalan itu ada kaitan dengan surah yang kita baca malam ini. Tetapi kita baru ulas pangkal surah dan tak habis lagi katanya.

Inilah masalah yang melanda masyarakat kini, terlalu berani membawa berita berita palsu walaupun berita itu tidak jelas kesahihannya. Berhakim dengan manusia, mengikut undang undang ciptaan manusia, bersaksikan manusia memang banyak kelemahannya. Oleh itu mana mana manusia yang melakukan dosa maka hendaklah dia segera bertaubat kepada Allah. Lihat terjemahan Surah At-Tiin:

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

Terlalu banyak dosa yang telah kita buat di muka bumi ini. Jangan pula kita tambahi dosa itu dengan dengan sesuatu yang boleh menjahanamkan kita dan masyarakat kita di dunia dan diakhirat. Lihatlah ayat terakhir dalam surah At-Tiin. Penipuan penipuan apakah lagi yang hendak kita cipta demi mengikut kehendak nafsu serakah. Berapa banyak kerosakan yang kita lakukan di bumi Allah ini.

Turun dari surau aku terfikir adakah golongan yang rasa menyesal dan bersalah selepas keputusan liwat 1 dahulu diumumkan disebabkan ia berpendirian dan menyatakan kepada orang Anwar tidak pernah meliwat bercanggah dengan keputusan hakim.

2 ulasan:

  1. Salam YB

    Di Malaysia sekarang, jika seseorang itu baru saja dibicarakan di mahkamah atas sesuatu tuduhan, maka masyarakat telah cop orang itu bersalah, walhal hakim belum lagi jatuhkan hukuman.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Haji MSH

    betul tu tuan haji, itu sebabnya untuk memalukan dan menakutkan seseorang mahkamah digunakan.

    BalasPadam