Isnin, Oktober 03, 2011

Selamat Menunaikan Fardhu Haji 1432H (2011)

 Apabila setiap tahun bertemunya waktu keberangkatan jemaah haji ke Mekah bagi mengerjakan rukun Islam ke 5 maka akan tersentuhlah setiap hati hamba Allah yang pernah berkunjung ke tanah suci tersebut. Masing masing teringat kenangan lebih kurang 40 hari di Tanah Haram bagi menyempurnakan ibadat yang menuntut kecergasan tubuh badan dan mental. Apapun doa terhadap Allah adalah perkara paling penting dalam mencapai haji mabrur.

Kenangan 10 tahun lepas dengan penerbangan KT92 masih segar dan kuat terpahat dalam ingatan. Barangkali mungkin kenangan tersebut diulang ulang ingat setiap kali tibanya musim haji. Tanyalah sesiapa yang pernah berkunjung, maka akan tersematlah disetiap hati mereka akan keinginan untuk kembali ke sana. Semakin hari semakin menguja. Rindukan Baitullah, rindukan Saffa dan Marwah, rindukan Raudah, rindukan ziarah Makam Rasulullah dan rindukan bersolat di masjid masjid yang menjanjikan lipatan pahala berganda ganda.

Minggu lepas, pada 29 september penerbangan pertama jemaah haji telah pun berangkat Tanah Suci. Perjalanan yang tidak sama dengan mana mana perjalanan lain. Penuh dengan keinsafan dan harapan bagi memohon keberkatan. Menunaikan ibadah yang tidak tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin, berihram yang sama. Tidak tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat, kecuali Allah yang tahu segala galanyabagi niat dan perbuatan setiap hambanya. Maka perbetulkanlah niat dan kerjakanlah sebaiknya setiap perkara  rukun dan wajib haji agar ianya diterima Allah dan dikurniakan haji yang mabrur, insyaallah.

Kepada pembaca blog Teropong Teropong yang mengerjakan haji pada tahun ini diucapkan selamat jalan dan moga mendapat haji mabrur.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB,

    Setuju bila tiba musim haji hati bagai meronta-ronta mahu ke sana lagi. Umrah tak sama sebab tak ada himpunan di Arafah, Muzdalifah, Mina dan melontar. Haji lagi best.... himpunan umat Islam walau berhimpit-himpit tapi ketenangan hati tidak ada tolok bandingnya...

    Kakak pergi tahun 2008 dah resiter balik sebaik balik dari sana dan dijangka boleh pergi lagi selepas pencen!! Tak sabar menanti. Kalau boleh nak pergi sebelum pencen.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Bagaimana mungkin boleh dilupa menjadi tetamu yang istimewa yang kadang kadang ada duit munggunung pun tidak dapat peluang tersebut, iaitu menjadi tetamu Allah

    BalasPadam