Rabu, Mac 16, 2011

Masjid Kampung Pek, Macang

 Persinggahan aku kali ke 2 di sini. Pertama kali beberapa tahun lepas atas urusan majlis perkahwinan di seberang jalan depan masjid ini. Nak melintas jalan itu memang kena berhati hati sebab ia merupakan jalan utama menuju Kota Bharu. Masa pertama kali singgah dahulu jalan sesak dengan kenderaan sebab masa itu cuti sekolah. Orang berpusu pusu berkunjung ke tanah pemerintahan Tuan Guru yang amat berkat.

Nama masjid ini yang ringkas tidak melambangkan fasarana masjid ini yang agak lengkap dan selesa. Dihias dengan bunga bungaan.

Ketika aku singgah jemaah telah beredar sebab waktu solat sudah lama berlalu. Aku rakamkan gambar keadaan di dalam masjid.

Pandangan dari belakang menampakkan jalanraya didepan kawasan masjid. Kalau hari jumaat para kariah kena berhati hati sebab kenderaan pasti laju laju sebab jalan lurus.

Sebuah bas sedang menunggu kanak kanak sekolah yang berhenti solat. Adalah menjadi tanggung jawab ketua rombongan untuk memastikan setiap anak buah kita menunaikan tanggung jawab masing masing terhadap Allah jika sampai waktunya. Mereka kanak kanak yang perlu dididik agar menjadi amalan hidup tidak kira dimana dan apa keadaanpun, apabila sampai waktu kena tunaikan segera.

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum YB,

    Cantik masjidnya. Bersih dan nampak tenang. Kakak percaya mesti menjadi tempat persinggahan org yg lalu dijalan yg ditunjukkan. Macam bas sekolah yg YB katakan itu. Syukur masih ada lagi yg sedar akan kebesaran Allah. Insya-Allah kita sentiasa mendapat perlindugan selagi kita mengingatiNya.

    BalasPadam
  2. salam kakzakie

    Jika kita ingin mengubah jenarasi kita kena mula dengan guru dan ibubapa.

    BalasPadam