Rabu, Disember 30, 2009

Dahulu kini dan selamanya.

Allah yang satu. Dahulu kini dan selamanya. Banyak peristiwa berzaman telah didengar maupun dibaca akan azab dan bala yang diperturunkan oleh Allah untuk manusia. Tidak kurang kejadian serupa berlaku dizaman kita kini. Tsunami, runtuhan bukit , bangunan, kemalangan yang banyak mengorbankan nyawa dan harta yang amat disayangi menjadi ratapan harian hingga kini.

Tahun akan bertukar lagi. Sejauh mana peristiwa dahulu diambil buat iktibar, cuma sendiri yang dapat menilai. Amat sukar mempercayai kejadian mendatang, tetapi sepatutnya mudah mempercayai kejadian yang berlalu. Kalau Dia lah Allah yang menunjukkan kekuasaan dan kemarahannya terhadap umat sebelum ini sepert umat Nabi Saleh, umat Nabi Luth dan lain lain umat, maka dia jugalah Allah ketika ini yang berkuasa yang boleh melakukan apa juapun terhadap kita. Jadi janganlah mencabar akan kekuasaan Allah dan timbulkan kemarahan Allah. Buatlah apapun kesukaan Allah walaupun marahnya manusia. Insyallah hidup akan diredhai Allah.

3 ulasan:

  1. Salam.

    Terima kasih kerana singgah laman sesawang saya, selamat berkenalan.

    BalasPadam
  2. W salam

    Kerana Blog yg menarik utk dibaca.

    BalasPadam
  3. Salaam ukhuwwah YB...

    Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-NYA.

    Semoga kita semua terus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa. Amin.

    Selamat tahun baru 1431H/2010M. :)

    VpeaceV

    BalasPadam