Selasa, April 12, 2011

Surau Al-Amin, Taman Maju Terbakar

Taman maju adalah sebuah taman paling awal dibina diSeri Iskandar. Walaupun dengan terbinanya beberapa taman lain seiring dengan pembangunan Bandar Seri Iskandar, Taman Maju tetap menjadi nadi perniagaan dan pembangunan kerohanian. Bank, restoran, sekolah agama rakyat, tadika dan juga sebuah surau yang aktif terdapat di sini. Malangnya pada tengahari sabtu lepas, 9 april 2011 surau Al-Amin yang baharu sahaja dinaiktaraf telah hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang disyaki berpunca daripada pendawaian elektrik.
Walau bagaimanapun masyarakat Taman Maju dan setempat masih bersyukur kerana bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) bersebelahannya terselamat daripada kebakaran tersebut. Walaupun aku tidak tinggal di Taman Maju tetapi suatu masa dahulu aku hari hari ke sini. 2 orang anak aku diasuh oleh sebuah keluarga di Taman Maju. Mereka bersekolah tadika di PASTI Taman Maju dan pernah bersekolah di SAR tersebut. 
Semasa pembangunan Universiti Teknologi Petronas yang berhampiran Taman Maju, ramai pekerja pekerja kontrak dari Bangladesh, Pakistan dan lain lain negara tinggal di taman ini. Kita sedia maklum bangsa mereka ini amat kuat solat berjemaah. Pada masa itu surau Al-Amin cukup meriah terutamanya ketika bulan ramadhan.



Kariah Taman Maju bergotong royong mengemaskan kesan kebakaran surau yang amat disayangi itu. Buat masa ini mereka menunaikan solat berjemaah di sebuah homestay yang dimiliki salah seorang penduduk di situ. Tuntutan Allah atas hambanya untuk menunaikan solat berjemaah tetap perlu dilakukan. Semoga Allah membalas jasa hambanya yang bermurah hati itu.
Kini mereka mula memikirkan soal pembangunan semula surau Al-Amin. Jika kita bantu agama Allah, insyaallah Allah akan bantu kita. Aku percaya usaha mendirikan semula surau ini akan mendapat sokongan daripada banyak pihak. 
email memohon bantuan
Ditempat kerja aku telah ada usaha murni untuk membantu membangunkan semula Surau Al-Amin. Semoga surau tersebut dapat didirikan semula atas bantuan dan sokongan umat islam terutamanya masyarakat Seri Iskandar.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pembangunan Semula Surau Taman Maju. Bank Islam, no akaun 08086010015444.

photo daripada : fb Amir faiz dan fb Rahmat Algontory

6 ulasan:

  1. Masya-Allah sayu dan sedih melihat musibah yg menimpa. Siapa ADUN kaw situ YB? kena usha dia agar ada sesuatu yg boleh dilakukan.

    Syukur masih ada yg berjiwa besar sebagai umat Islam dgn membenarkan solat berjemaah dilakukan ditempat yg disedikan.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie,

    kekuatan kariah surau ni ialah sepakat. Saya percaya usaha menegakkan surau akan dapat disegeraka oleh mereka. Kalau ada bantuan drpd YB tu sungguh bagus lah.

    BalasPadam
  3. saya x duduk di taman maju tp dulu pernah tarawih di sana. kat mana saya boleh dptkan no contact ajk surau or no akaun untuk kutipan derma..?kalau tahu harap bole bgtau disini ye..tima kasih byk2..

    BalasPadam
  4. Salam TN,

    Saya telah menghubung seseorang mendapatkan no akaun utk disalurkan derma. Insyaallah apabila terima saya akan maklumkan.

    Sekarang ini jemaah bersolat di bawah kemah disebelah tapak yg terbakar itu.

    BalasPadam
  5. Salam TN

    Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pembangunan Semula Surau Taman Maju Bank Islam, no akaun 08086010015444.

    BalasPadam