Balik kursus aku meronda ke Kuala Terengganu. Menjelang isyak aku akan mencari masjid yang terdekat untuk solat. Agak sukar juga mencari tempat letak kereta dalam keadaan aku tidak biasa dengan bandar ini tambahan pula hari dah gelap.
Agak terlewat sedikit. Harap harap polis tak saman kereta yang diletakkan di bahu jalan. Semua jemaah telah sedia untuk angkat takbir kerana bilal telah selesai iqomah.
Sungguh besar masjid ini. Walaupun jemaah nampak ramai berdasarkan kenderaan di luar tetapi masih tidak kelihatan dari sudut gambar di atas.
Aku segera berwudhuk. Nampaknya aku kena masboq. Inilah pentingnya ilmu yang dituntut walaupun sedikit ada keadaan kita memerlukannya. Yang sedikit perlu ditambah dari masa ke semasa. Jika tidak jahillah kita hingga bila bila. Lebih teruk kita akan gagal mendidik ahli keluarga.
Sebahagian jemaah sedang sujud rakaat pertama. Sempat curi curi ambil gambar. Ramainya jemaah. Itu baru sebahagian di sebelah kanan. Kelompok imam tidak nampakdi sini,
Masjid yang menggunakan konsep putih sungguh menyejukkan mata memandang. Putih bersih laksana bersih sesuci hati insan yang iklas menghambakan disisi Ilahi.
Sebelum meninggalkan perkarangan masjid aku sempat menangkap gambar kearah atas. Keadaan sungguh menarik apabila warna putih disinari oleh cahaya lampu warna warni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan