Khamis, April 14, 2011

Masjid Kg. Mengabang Lekor, Batu Rakit

Sepanjang 3 hari berkursus di INSTEP Batu Rakit, aku menginap di Gem Beach Reseort. Ia tidak berapa jauh dengan masjid ini. Oleh itu aku berkesempatan beberapa kali bersolat di masjid ini.
Melihat kepada bentuknya menampakkan masjid ini melalui proses pembesaran daripada bangunan asalnya. Ruang solatnya melebar, Jika dilihat pada gambar di atas bahagian depan tu adalah mehrab,
Gambar di atas menunjukkan pintu masuk utama ke masjid. Ianya di sisi kanan masjid. Sungguh rapat dengan jalan raya. Gambar ini aku tangkap dari sebuah kedai menjual keropok lekor yang betul betul terletak seberang jalan tersebut. Sesuai dengan nama kampung ini Mengabang Lekor memang boleh diperolehi banyak kedai menjual keropok lekor.
Batu Rakit memang terkenal dengan keropok lekornya. Aku sempat bertanya kepada peniaga keropok apa beza antara keropok lekor dengan losong. Mereka mengatakan keropok lekor mempunyai saiz lebih besar daripada losong, Losong kebiasaannya bersaiz seperti jari kita manakala keropok lekor mempunyai 4 kali lebih besar. Dari segi ramuannya adalah sama. bancuhan itu juga digunakan untuk keropok lekor atau losong.



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB,

    Cantik masjidnya. Nampak struktur binaan dah lama.

    Oh... berkursus ye. Sambil makan angin juga la kan. Hehehe.....

    Baru kakak tahu yg kecil tu losong. Kakak biasanya panggil keropok lekor segala. Tak tahu kalau YB tak sebut katakan di sini.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie,

    memang masjidnya nampak dah lama. Jemaahnya pun cuma orang orang lama jer yg ramai. Org baru hampir tak nampak. Walaupun nampaknya jauh daripada kita namun fenomena jemaah nya sama.

    BalasPadam