Jumaat, April 22, 2011

Email Untuk Semua

 Sloganizer Screenshot
Kelmarin ketika di pasar malam aku melihat beberapa orang peminta sedekah duduk menadah tangan dengan penuh harapan mengharap simpati. Sebahagian mereka berbekalkan bungkusan tisu untuk jualan sambil menderma. Ada juga yang mengalunkan suara menyajikan hiburan buat pengunjung pasar malam. Tidak kurang juga karung dan tong derma daripada pelbagai madrasah. Apapun cara mereka semuanya memerlukan duit, yang segelintir nya memanggil wang.
Sekembali dari pasar malam, dirumah pula tv heboh pasal email 1 Malaysia. Kebelakangan ni memang heboh pasal email tersebut kononnya setiap rakyat Malaysia diberi akaun email. Aku tak ambil pot sebab hingga saat ini aku pernah memiliki lebih 5 akaun email secara percuma. Hinggakan ada antaranya terpaksa lenyap hilang begitu sahaja sebab lupa kata laluan atau dah lama tak aktif. Tak kisah sebab aku boleh dapatkan akaun email sebanyak mana aku perlu pada bila bila masa dan keadaan.

Bagi memenuhi keperluan seharian kehidupan, kini aku menggunakan 2 akaun email untuk keperluan rasmi melaksanakan kerja dan bukan rasmi bagi ber fb dan memblog.

Malam tadi sebelum aku melelapkan mata terfikir akan sipeminta sedekah, pengutip derma dan email 1 Malaysia percuma. Apa perlunya si peminta sedekah yang rata ratanya buta dan pengutip derma terhadap email 1 Malaysia. Kalau pun mereka perlu sangat email, mereka boleh juga mendapatkannya bila bila masa. Habis mengapa benda yang kita tak perlu amat ditamu tetapi perkara yang diperlu sungguh dicatu. Entahlah! banyak orang banyak ragam, banyak udang banyak garam, ada udang ada batu tetapi ada batu belum tentu ada udang.

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum YB,

    Sebenarnya yg jelas ada udang si sebalik batu. Selalu menganggap kita ini robot yg kena ikut arahan. Pusing kanan, kiri, tunduk angguk tak boleh toleh belakang tak boleh jalan lurus, kena ikut segala.

    Selagi tiada perubahan selagi itulah akan sentiasa ada peminta sedekah dan pemain muzik mohon simpati mancari duit untuk menyara hidup.

    BalasPadam
  2. salam kakzakie,

    moga melayu generasi mendatang lebih cekal, berdaya saing, bijaksana, amanah dan yg lebih penting beriman,

    BalasPadam