Khamis, November 11, 2010

Alhamdulillah 5A

46 orang pelajar SKSI mendapat 5A
Hari ini sekolah anak aku mengadakan Majlis Hari Anugerah serentak dengan hari keputusan UPSR diumumkan. Majlis diadakan di sebelah petang apabila selesai keputusan UPSR diumumkan.
Anak aku Muhammad Hilman salah seorang pelajar yang mengharumkan nama sekolahnya. Nama SKSI melonjak tahun ini di mana merangkul hampir semua anugerah peringkat Daerah Perak Tengah. Tahniah kepada semua guru SKSI khususnya guru tahun 6.

6 ulasan:

  1. Salam YB,

    Tiada apa yang lebih menggembirakan kita selain kejayaan anak-anak yg menjadi harapan. Guru2 mereka juga tidak kurang rasa gembiranya kerana penat-jerih mengajar berbaloi dgn kejayaan yang diraih anak-anak muridnya.

    Tahniah buat adik Muhammad Hilman. Lepas ini dah tak dapat duduk dgn ayah-ibu lagi. Macam anak auntie yg sulung dah 2 tahun tinggal di asrama.
    Belajar lebih rajin. Auntie doakan yg terbaik buat Hilman. Syabas....

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Terima kasih. Memang saya lihat guru gurunya tahun ni berusaha luar biasa. Memang saya tabik dgn mereka terutama cikgu Rosli Maun sebagai guru penyelaras dan pengarah kecemerlangan thn 6.

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada anak YB yang berjaya dapat 5 A. Tahniah juga kepada pihak sekolah dan guru2 yang bertungkus lumus. Saya kenal juga dngn cikgu Rosli Maun tu...salah seorang guru pakar dan penggubal soalan matematik di negeri perak.

    BalasPadam
  4. Salam Sdr Tokan,

    Terima kasih. Bertuah sek jika mendapat guru yg berdidikasi. Moga Allah dapat membalas usaha ikhlas para warga pendidik.

    BalasPadam
  5. tahniah kepada muhd hilman..
    saya juga kenal rosli maun..
    guru penyelaras tahun 6 sk seri iskandar.

    BalasPadam
  6. Salam TN,

    Hilman sekarang belajar di SMK Tmn Tasik Taiping. Cikgu Rosli Maun masih di SKSI lagi. Saya percaya beliau bolih diberi peranan yg lebih besar lagi.

    BalasPadam