Rabu, Februari 24, 2010

Masjid Al-Rahmaniah, Trong, Taiping

Masjid ini terletak di pinggir pekan Trong. Siapa tak tahu Trong di mana, Trong terletak disebelah selatan Taiping yang menghala ke arah pantai. Ianya berjiran dengan Cangkat Jering. Siapa tak tahu Cangkat Jering, ingat tol Cangkat Jering. Merupakan kawasan jajahan YB sensasi, sure heboh seketika dahulu dan kini, YB Othman Jailu yang lompat parti.

Daripada geografi politiknya Trong adalah di bawah perlimen Bukit Gantang. Siapa tak tahu Bukit Gantang, ingat kepada MB Perak DS Nizar Jamaludin. Beliau merupakan Ahli Perlimen di sini disamping YB Adun Sungai Panjang. Kerusi perlimen ini diserahkan kepada beliau apabila beliau gagal ditumbangkan dlm PRK baru baru ini.
Melihat kepada tahun 1918 yang tercatit di dinding masjid tersebut menggambarkan usia masjid ini terlalu tua. Ianya 4 kali dinaik tarafkan untuk memastikan keselesaan jemaah dan kesempurnaan masjid. Usaha usaha mengimarahkan masjid hendaklah seiring dengan kos yang dikeluarkan.
Dalaman masjid seperti dinding dan tiangnya masih menampakkan ketuaan masjid ini. Buatannya yang kukuh membolehkan binaan asal masjid masih dikekalkan. Ia menjadi masjid persinggahan pemandu pemandu kerana lokasinya yang terletak di tepi jalan. Masjid ini juga menampakkan keceriaannya dan tambahan DS Nizar Jamaludin adalah ahli perlimen di sini. Kesempatan tersebut mungkin akan menambah lagi kemakmuran yang diidamkan oleh para jemaah.

21 ulasan:

  1. Salam YB.
    Saya telah banyak kali singgah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
    Suatu pujian layak diberikan kerana menyediakan tempat mandi utk musafir yang selamat dari kecurian, masjid lain patut mencontohinya.

    BalasPadam
  2. Menarik masjid ini, seiras Surau Bunian di sebelah Jenaris. Aku jarang sangat ke Taiping itu. Teringin nak ke sana.

    Harap-harap satu hari aku sempat singgah di masjid Trong ini.

    Aku menghormati DS Nizar tu seperti hormatku kepada TG Nik Aziz, entah kenapa.

    BalasPadam
  3. Salam leenoh

    Memang bagus masjid tu. Pengajian pun banyak. Imamnya ustaz radhi bekas johan qori malaysia. Sedap bacaannya.

    BalasPadam
  4. Salam Idan,

    Kalau perjuangan penuh keikhlasan memang macam tu. Semua orang hormat dan kagum. Ada auranya

    BalasPadam
  5. sape ustaz radhi ekk???tk pnah saya makmum pun mase die jadi imam...and x penah dengar name dier.....

    BalasPadam
  6. Salam Saudara Tanpa Nama

    Terima kasih kerana berkunjung.
    Saya percaya saudara ustaz radhi dlm entry pd tag kematian. Kalau dia yg saudara maksudkan, beliau bukan imam tetapi adalah Pegawai Tadbir Agama Daerah Perak Tengah. Beliau telah meninggal dunia. Sila baca:
    http://teropongmasa.blogspot.com/2009/12/allahyarham-ustaz-muhammad-radzi-bin.html

    kalau silap harap maaf.

    BalasPadam
  7. Mimbar khutbah masjid ini masih kekal mengikut mimbar zaman Nabi insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul, banyak kesan peninggalan lama di masjid ini. Tiangnya pun kayu lama.

      Padam
  8. masjid masa aku kecil dulu....trong

    BalasPadam
  9. masjid masa aku keci-keci dulu...masjid ni la mula-mula sekali aku solat jumaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      sudah tentu waktu masjid ni masih kecil. Saya masih boleh melihat kesan kesan binaan lama masih dikekalkan di ruangan dalam masjid walaupun masjid telah dibesarkan. Moga diperkuatkan iman kita utk beribadah di masjid. Wallahuaklam.

      Padam
  10. klu tak silap cikgu tarmize.....skrg sapa imam....dulu haji harun rumah murah

    BalasPadam
  11. klu tak silap cikgu tarmize.....skrg sapa imam....dulu haji harun rumah murah

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. mesti hg sek toh johan

      Padam
    2. Saya bukan org trong. Cuma selalu lalu lalang di situ menuju taiping.

      Padam
  13. Maaf tuan. Kurang pasti. Sudah lama tak singgah. Kalau singgah nanti saya tengok carta organisasinya. Wallahuaklam

    BalasPadam
  14. Maaf tuan. Kurang pasti. Sudah lama tak singgah. Kalau singgah nanti saya tengok carta organisasinya. Wallahuaklam

    BalasPadam
  15. Kalau balik ke Simpang dari Shah Alam mesti akan lalu depan Masjid Ar-Rahmaniah ni. Ada sekali tu balik hari jumaat dan dah tengah hari. Terus singgah semayang jumaat dulu.

    BalasPadam