Selasa, Februari 02, 2010

Pengunjung Ke 1000

Pukul 8:00 am pengunjung 992. Terima kasih kepada anda semua. Siapa agaknya pengunjung ke 1000.

Dulu aku hanya suka baca blog, orang kata pembaca senyap. Blog sulong yang dah lama aku ikut ialah blog kawan ku Idan sebab nak tahu perkembangan tempat kerja lama dan kawan lama. Selepas aku diperkenalkan pula oleh kawan tentang blog PDKM ini aku mula mengomen ngomen. Kadang kala ada sesuatu yang ingin dicoretkan, ada idea ingin diutarakan, ada pengalaman yang ingin dikongsikan, ada amarah yang ingin dihamburkan dan ada kepingin menambah rakan dan di sini lah bermulanya aku memblog.

4 ulasan:

  1. Salaam YB,

    Tahniah kepada Teropong Teropong kerana sudah mencapai pengunjung yang ke 1000++. Saya pengunjung yang ke 1002....ada hadiah tak? hehe

    Teruskan mengeblog, ya Pak!

    VpeaceV

    BalasPadam
  2. Salam umiazuddin

    Terima kasih. Malu nak bagi hadiah ke 1000. Org punya dah ke puloh ribu. Apapun terima kasih.

    Akan terus memblog, jgn mengoblog dah lah...

    BalasPadam
  3. Sdr YB kata-kata yang baik itu berupa sedekah; kata-kata itu bagiku termasuklah tulisan.

    Jika telah 1,000 orang klik blog kita, ada sesuatu yang dapat mengusik jiwa mereka & tebawa-bawa ke arah yang baik. InsyaAllah itu juga berupa dakwah.

    Tak rugi jika waktu yang senggang kita menulis blog dari kita leka dengan rutin dunia yang asyik mencuri masa kita.

    Sayangnya aku tak punyai kebebasan yang panjang untuk berblog. Entah bila akan mencapai 1,000 pengikut sebabnya orang kita berblog katanya telah mencecah 3 juta pemblog. Kita tenggelam di dalam jutaan blog tersebut!.

    BalasPadam
  4. Salam Idan

    Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Nama diukir melalui kata kata, amalan. Maka berkata katalah perkara yang baik walaupun pahit. Buat perkara yg disuruh hindar perkara yg dilarang Allah walaupun ianya kecil. Takut takut yang kecil itulah yg dipandang Allah.

    BalasPadam