Berbicara soal kepala, soal rambut tidak boleh dipinggirkan. Akrabnya seperti aur dengan tebing, laksana perut dengan belakang. Apalah kepala tanpa rambut. Rambut berada dikedudukan paling tinggi pada tubuh. Segala parut di kepala terlindung di sebalik kehitaman rambut. Rambut tidak mungkin tumbuh di kepala lutut, sudah fitrahnya begitu. Peribahasa mengatakan rambut sama hitam namun bukan semua rambut hitam malah putih, perang pun ada. Mewarna hitam kan rambut hukumnya haram. Bagi nampak kembali muda agar sepadan dengan pasangan semuanya dipersetankan. Harus diingat bila sehelai rambut telah gugur, orang boleh campak nasi sepinggan sebabkan rambut tersebut.
Macam macam orang buat dengan rambut. Kalau dulu orang barat amat tertarik dengan rambut hitam. Orang berkulit hitam biasanya rambut hitam. Orang berkulit putih biasanya berambut perang seperti bulu jagung. Tapi kalau orang berkulit hitam sudah berambut perang, sensor mata akan jumpa satu isyarat dengan gangguan, istilah teknikal kata distortion. Sistem di kepala payah nak terima.
Rambut di kepala boleh menghasilkan pahala. Tidak adil mengatakan punca rambut ramai orang masuk neraka. Dalam rukun haji ada tahallul. Tahallul itu bergunting atau bercukur rambut. Bagi yang botak, cukup dengan syarat sahaja dengan melalukan pisau cukur di kepala. Perempuan disyaratkan bergunting sahaja. Jangan terlalu mengejar pahala habis rambut dicukur. Itu sudah seperti seorang artis wanita yang bercukur botak sebab mengejar glamour.
Mari kita lihat di mana kita bergunting rambut. Siapa yang gunting rambut kita. Dalam kepala kita banyak ayat quran yang kita hafal. Selekeh lekeh orang islam surah alfatihah dan tiga qul ada dalam kepala. Bagaimana pula kalau taraf Al-Hafiz, mufti, imam imam, ulamak. Kepada siapa kita hulur kepala kita untuk bergunting. Layakkah orang bukan islam yang tangannya menyuap daging khinzir kemulut memegang kepala orang islam, lebih lebih lagi orang yang hafal quran. Itukah sebabnya kita payah untuk menghafal atau hafalan kian luput.
Bagi wanita pula sebaiknya biarlah orang islam yang menggunting rambut kita. Sesungguhnya penjagaan aurat wanita terhadap lelaki sama juga terhadap wanita bukan islam. Memang isu ini kecil. Jangan pandang kecilnya kesalahan yang kita buat, tetapi pandang kepada Siapa kesalahan itu kita buat.
Sudah menjadi kecendurungan ramai orang bergunting dengan orang berlainan jantina. Rambut wanita tukang guntingnya lelaki. Rambut lelaki pula digunting oleh wanita. Sistem kehidupan sudah semakin celaru.
PAK kARAMU MENZIARAHI ANDA
BalasPadamSalam Pak K
BalasPadamTerima kasih, sila datang lagi....
yaya'
BalasPadambahasa cina tak saya tak tahu, kalau jepun boleh lah sikit. Itu pun kalau kanjinya tak boleh jugak.
emmm..mengeluh seketika kern memikirkan dosa2 lalu menggunting rambut di salon..w,pun amoi itu pompuan tapi dia bukan islam..
BalasPadamutamakan islam
BalasPadam