Jumaat, Februari 25, 2011

Masjid Tengku Muhd Faiz Petra, Gua Musang

 
 Semasa perjalanan menghala ke Kuala Terengganu aku singgah di sini. Selesai menyempurnakan tanggung jawab dan melonggarkan urat urat yang mula ketat aku meninjau ninjau sekitar masjid. Ini entah kali ke berapa aku singgah di sini. Jika perjalanan dari Simpang Pulai ini lah masjid yang ada dan sesuai untuk musafir.
 Memang gah sungguh masjid ini. Bukan sebab warnanya sama bendera PKR tetapi sudahlah binaannya yang menarik, terletak pula di atas bukit. Boleh dilihat dari dari sayup jauh di sana.
Pandangan tepi masjid
 
 Di ruang belakang terdapat lapangan terbuka untuk hiasan. Nun jauh di sana tu (gambar atas) adalah laluan masuk dari arah belakang masjid.

 Ruangan solat yang luas sungguh dan sungguh selesa. Dari luar hingga ke dalam semua warna biru. Kalau di Terengganu ada Masjid Putih ini pula boleh di panggil Masjid Biru.
Tempat wuduk

Tandas
 Di sini anda di beri peluang untuk membeli saham akhirat. Ada kadar bayaran diletakkan. Nak bayar lebih pun boleh. Tak bayar pun boleh sebab tidak dijaga sepanjang masa. Kalau tandas awam boleh dibayar mengapa tandas masjid tak mau bayar?
Sudah uzur
 Nampak sangant uzurnya tandas ini. Tak sepadan dengan keindahan masjidnya. Kalau ada individu yang tak mau bayar, mungkin disebabkan tak puas hati dengan keadaan tandas tersebut. Secara peribadi aku masih boleh terima keadaan ini sebab tiada sengat di hidung oleh bau yang tak selesa. Tak sampai menahan nafas untuk menyelesaikan hajat. Pihak masjid mungkin boleh tengok keperluan tandas ini. Kalau ada warga asing singgah, malu kita sebagai orang islam yang mementingkan kebersihan dan keindahan. Memang secara kebetulan aku nampak ada sepasang warga asing menaiki motorsikal ketika aku keluar.
Tempat letak kereta
Terdapat juga pangkin untuk beristirehat bersama keluarga sambil menjamu selera bekal yang dibawa.
 

 Ada binaan baru sedang dibina. Tidak pasti untuk apa. Moga ada masa ada usia, ada rezki dan masih boleh berdiri, insyaalah aku akan kembali dan melihat sendiri apakah gerangan yang akan jadi.

Khamis, Februari 17, 2011

Binatang Ancam Pengguna Jalanraya

Bukan sedikit pengguna jalanraya yang mendapat kemalangan disebabkan oleh binatang. Kalau anjing dan kucing memang tak hairan dah, sering menerima nasib malang gara gara cuba berseloroh dengan pemandu dijalanraya. Kalau tak lumat digelek dek tayar paling tidak patah riuk. Kadangkala adalah lebih selamat melanggar binatang binatang tersebut daripada mengelaknya. Elakan yang keterlaluan boleh menyebabkan pemandu terbabas ke gaung. Namun atas dasar sama sama makhluk Allah maka jika boleh elak lebih baik elak dan sama sama selamat.

Kita sedia maklum kalau monyet, babi pula adalah binatang liar yang juga sering mengancam dijalanraya. Walaupun banyak harta musnah akibat berlaga dengan binatang binatang tersebut namun hati tidak sesakit mana sementelah kita memang tahu mereka binatang dan liar pula. Apakan daya kiri kanan jalan pula merupakan habitat binatang binatang tersebut.

Ancaman yang kerap mendatangkan maut kepada pemandu adalah lembu dan kerbau. Untuk meningkatkan keselamatan dijalan raya pemandu pemandu hendaklah lebih berhati hati ketika melintas kawasan ladang kelapa sawit. Ladang kelapa sawit merupakan tempat yang sesuai memelihara lembu. Apa yang menjadi masalah penternak binatang ini meletakkan pemikiran mereka sama taraf dengan pemikiran lembu ternakannya. Maka dibiarkanlah lembu itu hidup melata di ladang yang terbuka. Sesekali lembu akan
melepak dijalan raya terutama ketika lepas waktu hujan bagi mendapatkan haba panas dari jalanraya tersebut. Apabila berlaku kemalangan kebiasaannya tuan punya ternakan tidak akan mengaku yang binatang itu ia punya. Tidak mahu bertanggung jawab dan membayar ganti rugi.

Bukan tiada undang undang tetapi mungkin sukar untuk dilaksanakan. Bayangkan jika lembu lembu itu dirampas, memang ianya boleh dilelong. Sementara menyediakan proces tersebut, siapa dan di mana pula perlu lembu itu di jaga. Sudah sampai masanya perkara ini perlu diambil berat oleh pihak berwajib. Penternak hendaklah memastikan ternakannya tidak terlepas kejalan raya. Setiap ladang ternakan hendaklah memasang  pagar elektrik. Setiap binatang ternakan hendaklah di tag tuan punyanya. Jika tiada tag binatang tersebut boleh dirampas bila bila masa.


.

Selasa, Februari 08, 2011

Pemimpin Buang Tabiat

 
Apakah nilai pemimipin yang kita miliki zaman ini? Amat sudi untuk dilantik sebagai pemimpin malah lebih tepat perumpamaannya seperti Lebih Sudu Daripada Kuah. Yang malangnya buat kita apabila tiada tersemat sekelumit pun di hati mereka untuk mengundurkan diri sekiranya kemampuan atau kewibawaannya dipersoalkan. Malah sekarang ini bukan sekadar dipersoalkan tetapi sudah sampai disuruh, dipaksa, dan lebih dahsyat lagi rakyat yang dipimpin sanggup menggadaikan nyawa demi menuntut pemimpin yang tidak ada maruah tersebut melepaskan jawatannya. Persoalannya bukan lamanya pemimpin itu berkuasa tetapi kebolehan pemimpin itu membawa kesejahteraan kepada rakyatnya. Sekiranya rakyat rasa selesa maka pimpinlah selama mana yang Allah redha atas kamu.

Ada kecenderungan pemimpin zaman moden ini ingin mempusakai jawatan mereka. Kununnya darah kepimpinan pada waris mereka akan dapat menyambung kehebatannya. Bukannya kita tidak faham sesungguhnya tujuan utama mereka adalah bagi menutup setiap salah laku yang dibuat sepanjang pemerintahannya. Jika tiada sanak saudara yang dipilih, sekurang kurangnya jawatan itu akan difaraidkan kepada sahabat yang boleh menjamin keselamatan mereka selepas mengkudai rakyat. Walaupun sebenarnya mereka amat berhajat jawatan yang disandang dilepaskan hanya kepada Malaikat Izrail. Tiada lagi dakwa dakwi bagi mereka didunia selepas itu.

Mereka perlu sedar bahawa tiada pemimpin yang kekal didunia ini. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang meletakkan kuasanya di tangan rakyat. Seperti kata Saidina Umar, "Tegurlah aku kalau aku salah". Bukannya "Bekerjalah bersama saya", ..........walaupun saya buat salah?

Seorang pemimpin yang sangat besar sedang berdiri paling hadapan, yang  mengetuai satu jemaah ketika mengadap Allah sw pun boleh ditegur ketika melakukan kesilapan. Subhanallah. Sekiranya pemimpin yang menjadi imam tidak tahu apa kesilapannya dan masih memimpin dalam solat, maka seorang makmum boleh mengambil alih kedudukan imam tersebut. Yang imam perlulah faham jika ada makmum datang kehadapan bermaksud imam tersebut tidak lagi layak untuk memimpin jemaah maka berundurlah. Keadaan akan menjadi baik dan tanpa celaru. Cuba bayangkan jika imam tersebut tidak mahu berundur dan terus ingin mengepalai jemaah maka akan berlakulah kekecohan. Inilah gambaran pemimpin pemimpin keras kepala tak sedar kediri akan kelemahan diri.

Moga pemimpin pemimpin yang kita pilih adalah dari kalangan mereka yang melihat jawatan dan kepimpinan itu satu tanggung jawab kepada Allah dan satu ibadah bukannya satu saluran untuk membolot kekayaan diri.

Rabu, Januari 26, 2011

Masjid Papan Kampung Pertama, Permatang Pauh

 
Selesai urusan di UiTM Permatang Pauh, kami pun bersiap untuk pulang ke Seri Iskandar, Perak. Dalam perjalan menuju ke lebuhraya, Boss membelok kereta ke kanan untuk singgah di masjid ini. Sebelum itu kami ada melintas lain masjid tetapi nampaknya masjid ini lebih memudahkan.

Begitu mudah untuk mendirikan solat di masjid di negara kita. Antara faktor yang menarik pelajar dari negara islam melanjutkan pelajaran di Malaysia adalah kerana mereka tertarik dengan kemudahan untuk beribadah. Pergi kemana sahaja terdapat masjid atau pun surau. Ini amat berbeza jika melanjutkan pelajaran di negara bukan islam. Tetapi itu bukan faktor penghalang untuk melangsaikan tanggung jawab terhadap Allah sw.

Aku cukup kagum dengan masjid ini. Terdapat banyak mesin air sejuk dan panas tersedia. Lihat lah kemudahan yang disediakan untuk jemaah. Sambil aku meninjau ninjau mesin ini Bos aku Dr. Rizal sudah bersedia untuk berwuduk. Seperti biasa kata katanya, kita solat dulu.
Aku jumpa lagi 2 buah mesin di belakang masjid. Kalau masjid dapat menyediakan sebuah pun kita rasa bangga.
Aku cukup setuju dengan pengurusan masjid ini dengan meletakkan kelengkapan jenazah seperti keranda dan takung mandi jenazah diletakkan di kawasan hadapan masjid. Ini boleh mendatangkan keinsafan bagi jemaah yang melihatnya. Sekurang kurangnya ada sedikit peringatan tentang kematian buat kita sejurus kita sampai ke kawasan masjid. Janganlah letakkan benda benda itu di tempat tersorok kerana ia boleh melembutkan hati yang hari demi hari menjadi keras dan liat.
 Baik baik boss melintas jalan tu !
Selesai solat tadi kami menjamu selera di gerai seberang jalan depan masjid. Rakan seorang lagi si Zuraimi yg turut mengiringi boss ke Uitm tadi cukup memuji masakan gerai tersebut. Sungguh sedap katanya. Aku juga bersetuju dengannya. Lagi semakin sedap rasanya apabila boss kami belanja makan. Terima kasih bos.

Jumaat, Januari 21, 2011

Lauk Pauk Di Beijng

Satu soalan cepumas yang sering dipertanyakan apabila ingin ke Beijing ialah soal makan. Boleh masuk tak? sedapkah? dan macam macam. Soal sedap tak sedap adalah perkara subjektif. Bagi kita tak sedap, bagi orang lain sedap. Bagi mereka membosankan tapi bagi kita memuaskan selera. Jadi apa pun jenis makanan sedap dan tak sedap bergantung diri kepada setiap individu.
Sesuatu yang paling mudah dijadikan sebagai penanda aras kesedapan sesuatu makanan ialah masakan ibu. Sekiranya masakan itu menyamai atau hampir sama dengan rasa masakan ibu seseorang sudah tentu ia akan mengatakan masakan itu sedap dan setaraf 5 bintang. Jika masakan itu tidak sama rasanya sudah pasti diberi sekadar 3 bintang.
Oleh itu sepanjang berada di Beijing kami menjamu selera di restoran muslim. Restoran muslim mempunyai papantanda warna hijau. Aku boleh membuat rumusan awal bahawa sekiranya ingin menguruskan badan silalah tinggal diBeijing. Sebabnya faham faham sahajalah....tidak baik untuk mengatakan makanan tidak sedap.
Dalam gambar ini adalah sebahagian masakan yang dihidangkan. Maaf aku tidak tahu apa nama jenis makanan ini. Rasanya sukar digambarkan sebab aku tidak pernah rasa sebelum ini.
Walaupun ada nasihat mengatakan supaya membawa bekalan lauk sebelum berangkat, tetapi bagi aku tidak perlu samasekali. Mustahil kita akan mati tak makan di sana jika hanya sekadar masakan kurang menyelerakan. Selagi ia tidak keluar sendiri dari tekak, telan sahajalah.

Gambar atas ni tentu semua orang Malaysia kenal. Telur dadar. Mengapa pula tinggal sedikit jer sedangkan semua lauk di atas tadi masih banyak lagi? Mana tak nya jika semua dok attack pinggan tu jer.

Restoran paling sedap aku rasa
Antara hari hari berlalu, kami tidak pernah makan di restoran yang sama. Maka pelbagai cara hidangan dirasakan. Yang paling aku teruja adalah ketika makan di restoran malam terakhir. Aku rasakan seolah olah aku berada bukan di China. Masakannya pun terasa pedas yang menjadi asas masakan melayu. Lihatlah gambar gambar di bawah tentang masakan yang bagi aku sudah cukup menyelerakan. Boleh dikatakan semua masakan di bawah ini memang sedap. 5 bintang. Sekali lagi nama masakan tidak di ketahui.
Sayur
Dicucuk dgn batang aiskrim

Nasi agak melekit

Sedap..

Jagung

Anakku Hilman bersama Tour Leader En Amir (Southwest Travel)

Sungguh pedas dan sungguh sedap

Ikan goreng

Telur dadar
Kami tinggalkan Beijing dalam kesejukan yang menggigit. Namun 23 Dec salji masih belum turun.

Rabu, Januari 19, 2011

Satu Gereja Memeluk Islam


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,

“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,

“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata,

“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata,

“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab,

“Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata,

“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

sumber: Kelab Greenboc

Selasa, Januari 18, 2011

Laporan Polis

Ya Allah, kau turunkanlah hidayah kepada orang yang mencuri kasut kami. Sesungguhnya kehadiran kami di rumahMu itu untuk bersolat jumaat sebagai tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami sebagai makhlukMu. Disamping itu ada pula makhluk yang serupa yang sepatutnya bersama kami menjalankan amanah kepada Mu telah mengambil kesempatan untuk kemewahan peribadinya di bumi yang fana' ini. Jadikanlah ia makhluk yang bencikan kepada perbuatan mencuri, perbuatan yang menyusahkan orang lain. Ya Allah kau limpahkanlah ia rasa taubat, kau simbah jiwanya sifat sifat insan agar kurang seorang perosak dan pengacau di bumi suci ciptaan MU ini. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sebenar benar Tuhan tempat kami mengadu.

Aku tidak kisah kalau kasut aku dirembat. Sebabnya dah tentu kasut murah. Tetapi ini kasut milik majikan aku. Aku diamanahkan untuk memakainya agar aku selesa dan selamat menjalankan tugas. Nak kata murah tidak murah, nak kata mahal memang mahal....Kalau aku nak kasut baru aku kena pulangkan yang lama walaupun hanya tinggal tapak sahaja. Tetapi sekarang aku nak tunjukkan yang apa....jadi aku fikir repot polis ini boleh ganti sebagai lidah kasut aku yang sedang dilelong dimerata rata, mungkin di Lorkin, Gerbang Malam (org Ipoh tahu tempat ni)

Jumaat, Januari 14, 2011

Masjid Jaiziah, Kg Telok Sareh. Kg Gajah. Perak

Masjid ini terletak di antara pekan Bota Kanan dan pekan Kampung Gajah. Ianya nampak sungguh ceria. Walau bagaimanapun seperti masjid masjid lain kesempurnaan dan kebersihan tandas perlu dititik beratkan.


Ketika aku meninggalkan masjid jemaah masih berada di dalam masjid. Aku terpaksa beredar lebih awal sebab ingin meneruskan perjalan yang masih agak jauh lagi. Mungkin kita boleh mengagak jumlah jemaah di dalam berdasarkan parkir yang kosong. Memang kurang, tambahan waktu asar pula. Cuma ada sesuatu yang membanggakan aku ketika meninggalkan masjid tadi. Sila lihat gambar di bawah.
Jemaah yang ramai di saf itu adalah daripada kalangan anak muda yang baru meningkat remaja. Aku bangga dengan mereka. Di saat orang tua tua entah kemana mereka menghadirkan diri mengnyempurnakan tanggung jawab pada Ilahi. Kalau inilah menjadi budaya kepada majoriti remaja kita maka akan kuranglah masalah gejala keruntuhan akhlak yang mencengkam kesucian islam itu.
Jika masyarakat islam mengambil berat tentang masjid sudah tentu syiar islam akan dapat ditingkatkan. Maka tiada musuh islam yang berani mencabar dan mengancam keagungan agama kita. Tetapi sebaliknya, walaupun islam agama rasmi negara kita, daulatnya tetap dicabar. Lihatlah di sini keberanian mereka memcabar dan memperlekehkan kita. Jangan kita jadi haprak kepada agama sendiri. Orang sanggup mati mempertahankan agama tetapi kita sentiasa bertolak ansur tentang agama. Sedia mengalah untuk berkongsi masalah orang lain.

Rabu, Januari 12, 2011

Masjid Nan Dou Ya, Beijing China

Pandangan dari jalanraya
Kelmarinnya kami menyempurnakan solat pada hari lawatan ke 3 di surau restoran sahaja. Memandangkan pengunjung muslim ramai mengunjungi restoran itu maka pihak restoran menyediakan surau bagi kemudahan pelanggannya. Moga rezkinya bertambah dan surau dapat ditambah ruangnya.

Lawatan hari ke 4 kami singgah di Masjid Nan Dou Ya antara masjid terkenal di Beijing.Seperti lain lain masjid di mana bangunan dewan solatnya tidaklah sebesar masjid kita tetapi kawasan masjid cukup luas. Terdapat beberapa bangunan di dalam kawasan masjid ini. Bangunan tandas dan tempat berwuduk berasingan dengan dewan solat.

Laluan masuk ke kawasan masjid

Bersama petugas masjid di belakang peti sumbangan
Pintu masuk dewan solat
Dewan solat
 Selesai solat aku melihat seorang jemaah yang lanjut usia sedang solat di sebelah kiri aku. Beliau solat sambil duduk. Keadaannya amat berbeza seperti yang dipraktikkan di Malaysia ataupun di Masjidil Haram. Terdapat bangku khas yang digunakan untuk jemaah yang tidak boleh solat berdiri. Sila lihat gambar di bawah:
Jemaah sedang solat
Terdapat peti dihujung bangku itu yang digunakan untuk sujud. Hajat untuk menunggu jemaah tersebut selesai tidak kesampaian kerana ia solat agak perlahan sedangkan ahli rombongan semuanya sudah selesai dan menunggu aku.
Pandangan bangku untuk jemaah uzur solat
Terlintas di fikiran, manakah lebih baik penggunaan bangku seperti ini atau kebanyakan bangku yang digunakan oleh banyak masjid di Malaysia. Aku tidak pernah melihat bangku sebegini sebelum ini.

Ketika masuk  tadi aku ada melihat sebuah peti seperti keranda diletakkan di depan dewan solat. Aku syak mungkin ada kariah di situ meninggal dunia. Selesai solat aku menghampiri 2 orang yang sedang berdiri berhampiran. Dengan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka. Benar telahan aku memang ada orang meninggal dunia. Selepas membacakan Al-fatihah dan mendoakan kesejahteraan untuk mayat tersebut aku pun segera beredar ke bas yang sudah menunggu.

Selasa, Januari 11, 2011

Pengunjung Ke 10000

Baru sebentar tadi pengunjung ke 10000 berkunjung ke blog aku. Sejak n3 pertama pada Dec 2009, hingga kini hanya 129 n3 yang mampu aku muatkan. Apapun aku masih bersyukur kerana blog ini masih hidup walaupun sejak kebelakangan ini n3 agak perlahan sedikit. Terima kasih kepada anda yang sedia berkunjung.

Selasa, Januari 04, 2011

Masjid Anheqiao, Beijing China

Pandangan masjid dari jalan raya
Dalam lawatan hari kedua kami singgah di masjid ini untuk solat. Masjid tidak jauh dari Summer Palace. Kami dimaklumkan oleh tour leader bahawa masjid ini didirikan untuk salah seorang gundik maharaja yang beragama islam. Beliau akan datang untuk solat ke masjid ini.
Pintu masuk kawasan masjid
Gundik maharaja yang beragama islam itu sungguh cantik. Oleh itu rakyat China menggelarnya Si Manis.
Pintu masuk dewan solat lelaki

dewan solat, adik tu kesejukan maklumlah musim sejuk.

Mimbar berada di bahagian tepi dewan solat

Dalam dewan solat ada sahaja meja sebegini, tak pasti untuk apa.

Cantiknya kubah masjid

Pejabat masjid

Cuma boleh baca limau manderin tapi tak boleh baca manderin
Masjid ini kecil sahaja tapi sungguh kemas dan bersih.