Rabu, Januari 26, 2011

Masjid Papan Kampung Pertama, Permatang Pauh

 
Selesai urusan di UiTM Permatang Pauh, kami pun bersiap untuk pulang ke Seri Iskandar, Perak. Dalam perjalan menuju ke lebuhraya, Boss membelok kereta ke kanan untuk singgah di masjid ini. Sebelum itu kami ada melintas lain masjid tetapi nampaknya masjid ini lebih memudahkan.

Begitu mudah untuk mendirikan solat di masjid di negara kita. Antara faktor yang menarik pelajar dari negara islam melanjutkan pelajaran di Malaysia adalah kerana mereka tertarik dengan kemudahan untuk beribadah. Pergi kemana sahaja terdapat masjid atau pun surau. Ini amat berbeza jika melanjutkan pelajaran di negara bukan islam. Tetapi itu bukan faktor penghalang untuk melangsaikan tanggung jawab terhadap Allah sw.

Aku cukup kagum dengan masjid ini. Terdapat banyak mesin air sejuk dan panas tersedia. Lihat lah kemudahan yang disediakan untuk jemaah. Sambil aku meninjau ninjau mesin ini Bos aku Dr. Rizal sudah bersedia untuk berwuduk. Seperti biasa kata katanya, kita solat dulu.
Aku jumpa lagi 2 buah mesin di belakang masjid. Kalau masjid dapat menyediakan sebuah pun kita rasa bangga.
Aku cukup setuju dengan pengurusan masjid ini dengan meletakkan kelengkapan jenazah seperti keranda dan takung mandi jenazah diletakkan di kawasan hadapan masjid. Ini boleh mendatangkan keinsafan bagi jemaah yang melihatnya. Sekurang kurangnya ada sedikit peringatan tentang kematian buat kita sejurus kita sampai ke kawasan masjid. Janganlah letakkan benda benda itu di tempat tersorok kerana ia boleh melembutkan hati yang hari demi hari menjadi keras dan liat.
 Baik baik boss melintas jalan tu !
Selesai solat tadi kami menjamu selera di gerai seberang jalan depan masjid. Rakan seorang lagi si Zuraimi yg turut mengiringi boss ke Uitm tadi cukup memuji masakan gerai tersebut. Sungguh sedap katanya. Aku juga bersetuju dengannya. Lagi semakin sedap rasanya apabila boss kami belanja makan. Terima kasih bos.

4 ulasan:

  1. Assallamualaikum YB,
    MUngkin banyak dermawan di situ yang membantu membeli mesin-mesin air tersebut. muafakat membawa berkat.

    BalasPadam
  2. Salam nadz,

    Begitulah baiknya jika ada sikaya yg beriman bersama kita.
    Semoga penderma mendapat manfaat drpd kerja amalnya, insyallah.

    BalasPadam
  3. salam .. sy owg kg pertama.. setahu sy Khariah masjid papan yg beli mesin2 air 2... sekadar berkongsi makaseh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN,

      Terima kasih atas maklumat. Apa pun tahniah kepada semua kariah masjid kerana mengambil berat kemakmuran masjid. Berazamlah menjadi ajk masjid yg berwibawa suatu masa nanti.

      Padam