Masjid ini terletak di antara pekan Bota Kanan dan pekan Kampung Gajah. Ianya nampak sungguh ceria. Walau bagaimanapun seperti masjid masjid lain kesempurnaan dan kebersihan tandas perlu dititik beratkan.
Ketika aku meninggalkan masjid jemaah masih berada di dalam masjid. Aku terpaksa beredar lebih awal sebab ingin meneruskan perjalan yang masih agak jauh lagi. Mungkin kita boleh mengagak jumlah jemaah di dalam berdasarkan parkir yang kosong. Memang kurang, tambahan waktu asar pula. Cuma ada sesuatu yang membanggakan aku ketika meninggalkan masjid tadi. Sila lihat gambar di bawah.
Jemaah yang ramai di saf itu adalah daripada kalangan anak muda yang baru meningkat remaja. Aku bangga dengan mereka. Di saat orang tua tua entah kemana mereka menghadirkan diri mengnyempurnakan tanggung jawab pada Ilahi. Kalau inilah menjadi budaya kepada majoriti remaja kita maka akan kuranglah masalah gejala keruntuhan akhlak yang mencengkam kesucian islam itu.
Jika masyarakat islam mengambil berat tentang masjid sudah tentu syiar islam akan dapat ditingkatkan. Maka tiada musuh islam yang berani mencabar dan mengancam keagungan agama kita. Tetapi sebaliknya, walaupun islam agama rasmi negara kita, daulatnya tetap dicabar. Lihatlah di sini keberanian mereka memcabar dan memperlekehkan kita. Jangan kita jadi haprak kepada agama sendiri. Orang sanggup mati mempertahankan agama tetapi kita sentiasa bertolak ansur tentang agama. Sedia mengalah untuk berkongsi masalah orang lain.
Salam YB,
BalasPadamPagi tadi hati dah panas bila baca hal azan terpaksa diperlahankan. Semakin tinggi kedudukan semakin lemah iman di dada. Sedih....Sedangkan laungan kuat yg datang pun seciput.
Masjid besar, jemaah semakin kurang, azan pun nak diperlahankan. Mendidih betul kakak nie....
Salam kakzakie,
BalasPadamKita tidak pernah pertikai hak agama mereka. Islam agama kita sebagai agama rasmi pula ingin diancam kebebasannya. Sepatutnya persetankan sahaja desakan mereka. Azan sekadar 5 minit bukannya 5 jam. Kita nak tengok macamana pihak tertentu mempertahankan isu ini.
Salam YB,
BalasPadamKakak ziarah lagi sebab hal di atas telah mendpat liputan luas. Mohon maaf dah pun. Dalam hati Allah jua yg tahu. Bibir tersenyum dalam paksaan. Kita yg masih pedih menelan dalam kepayahan.
Salam kakakzakie
BalasPadambegitulah mereka sentiasa mencabar dan menguji kekuatan iman umat islam. Agak agak boleh makan mereka akan tenyeh kita. Umat islam kena prihatin dan sama sama kita tingkatkan keimanan