|
Pandangan dari jalanraya |
Kelmarinnya kami menyempurnakan solat pada hari lawatan ke 3 di surau restoran sahaja. Memandangkan pengunjung muslim ramai mengunjungi restoran itu maka pihak restoran menyediakan surau bagi kemudahan pelanggannya. Moga rezkinya bertambah dan surau dapat ditambah ruangnya.
Lawatan hari ke 4 kami singgah di Masjid Nan Dou Ya antara masjid terkenal di Beijing.Seperti lain lain masjid di mana bangunan dewan solatnya tidaklah sebesar masjid kita tetapi kawasan masjid cukup luas. Terdapat beberapa bangunan di dalam kawasan masjid ini. Bangunan tandas dan tempat berwuduk berasingan dengan dewan solat.
|
Laluan masuk ke kawasan masjid |
|
Bersama petugas masjid di belakang peti sumbangan |
|
Pintu masuk dewan solat |
|
Dewan solat |
Selesai solat aku melihat seorang jemaah yang lanjut usia sedang solat di sebelah kiri aku. Beliau solat sambil duduk. Keadaannya amat berbeza seperti yang dipraktikkan di Malaysia ataupun di Masjidil Haram. Terdapat bangku khas yang digunakan untuk jemaah yang tidak boleh solat berdiri. Sila lihat gambar di bawah:
|
Jemaah sedang solat |
Terdapat peti dihujung bangku itu yang digunakan untuk sujud. Hajat untuk menunggu jemaah tersebut selesai tidak kesampaian kerana ia solat agak perlahan sedangkan ahli rombongan semuanya sudah selesai dan menunggu aku.
|
Pandangan bangku untuk jemaah uzur solat |
Terlintas di fikiran, manakah lebih baik penggunaan bangku seperti ini atau kebanyakan bangku yang digunakan oleh banyak masjid di Malaysia. Aku tidak pernah melihat bangku sebegini sebelum ini.
Ketika masuk tadi aku ada melihat sebuah peti seperti keranda diletakkan di depan dewan solat. Aku syak mungkin ada kariah di situ meninggal dunia. Selesai solat aku menghampiri 2 orang yang sedang berdiri berhampiran. Dengan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka. Benar telahan aku memang ada orang meninggal dunia. Selepas membacakan Al-fatihah dan mendoakan kesejahteraan untuk mayat tersebut aku pun segera beredar ke bas yang sudah menunggu.
Assalammualaikom wtb tuan YB. Rasanya Masjid ini dah masuk rancangan Rasa Halal Oriental di ASTRO Oasis. Ana sempat lihat.
BalasPadamSeronok lihat umat islam disana.
Salam MI,
BalasPadamSaya tak berkesempatan melihatnya. Memang seronok masyarakat asing yg satu ugama dengan kita. Moga mereka mampu memperkembangkan Islam dgn hebat di sana.