Bukan sedikit pengguna jalanraya yang mendapat kemalangan disebabkan oleh binatang. Kalau anjing dan kucing memang tak hairan dah, sering menerima nasib malang gara gara cuba berseloroh dengan pemandu dijalanraya. Kalau tak lumat digelek dek tayar paling tidak patah riuk. Kadangkala adalah lebih selamat melanggar binatang binatang tersebut daripada mengelaknya. Elakan yang keterlaluan boleh menyebabkan pemandu terbabas ke gaung. Namun atas dasar sama sama makhluk Allah maka jika boleh elak lebih baik elak dan sama sama selamat.
Kita sedia maklum kalau monyet, babi pula adalah binatang liar yang juga sering mengancam dijalanraya. Walaupun banyak harta musnah akibat berlaga dengan binatang binatang tersebut namun hati tidak sesakit mana sementelah kita memang tahu mereka binatang dan liar pula. Apakan daya kiri kanan jalan pula merupakan habitat binatang binatang tersebut.
Ancaman yang kerap mendatangkan maut kepada pemandu adalah lembu dan kerbau. Untuk meningkatkan keselamatan dijalan raya pemandu pemandu hendaklah lebih berhati hati ketika melintas kawasan ladang kelapa sawit. Ladang kelapa sawit merupakan tempat yang sesuai memelihara lembu. Apa yang menjadi masalah penternak binatang ini meletakkan pemikiran mereka sama taraf dengan pemikiran lembu ternakannya. Maka dibiarkanlah lembu itu hidup melata di ladang yang terbuka. Sesekali lembu akan
melepak dijalan raya terutama ketika lepas waktu hujan bagi mendapatkan haba panas dari jalanraya tersebut. Apabila berlaku kemalangan kebiasaannya tuan punya ternakan tidak akan mengaku yang binatang itu ia punya. Tidak mahu bertanggung jawab dan membayar ganti rugi.
Bukan tiada undang undang tetapi mungkin sukar untuk dilaksanakan. Bayangkan jika lembu lembu itu dirampas, memang ianya boleh dilelong. Sementara menyediakan proces tersebut, siapa dan di mana pula perlu lembu itu di jaga. Sudah sampai masanya perkara ini perlu diambil berat oleh pihak berwajib. Penternak hendaklah memastikan ternakannya tidak terlepas kejalan raya. Setiap ladang ternakan hendaklah memasang pagar elektrik. Setiap binatang ternakan hendaklah di tag tuan punyanya. Jika tiada tag binatang tersebut boleh dirampas bila bila masa.
.
enakment kerbau lembu berkeliaran negeri pahang 2001....tolong tanya jpv pahang bagaimana nak laksana undang undang tersebut
BalasPadamSalam TN
BalasPadamTerima kasih atas maklumat tersebut.