Selasa, Januari 18, 2011

Laporan Polis

Ya Allah, kau turunkanlah hidayah kepada orang yang mencuri kasut kami. Sesungguhnya kehadiran kami di rumahMu itu untuk bersolat jumaat sebagai tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami sebagai makhlukMu. Disamping itu ada pula makhluk yang serupa yang sepatutnya bersama kami menjalankan amanah kepada Mu telah mengambil kesempatan untuk kemewahan peribadinya di bumi yang fana' ini. Jadikanlah ia makhluk yang bencikan kepada perbuatan mencuri, perbuatan yang menyusahkan orang lain. Ya Allah kau limpahkanlah ia rasa taubat, kau simbah jiwanya sifat sifat insan agar kurang seorang perosak dan pengacau di bumi suci ciptaan MU ini. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah sebenar benar Tuhan tempat kami mengadu.

Aku tidak kisah kalau kasut aku dirembat. Sebabnya dah tentu kasut murah. Tetapi ini kasut milik majikan aku. Aku diamanahkan untuk memakainya agar aku selesa dan selamat menjalankan tugas. Nak kata murah tidak murah, nak kata mahal memang mahal....Kalau aku nak kasut baru aku kena pulangkan yang lama walaupun hanya tinggal tapak sahaja. Tetapi sekarang aku nak tunjukkan yang apa....jadi aku fikir repot polis ini boleh ganti sebagai lidah kasut aku yang sedang dilelong dimerata rata, mungkin di Lorkin, Gerbang Malam (org Ipoh tahu tempat ni)

2 ulasan: