Rabu, Disember 08, 2010

Masjid Kampung Raja, Parit. Perak

 Aku singgah lagi di sini. Kali ni nak dikongsikan tentang Masjid Kampung Raja. Masjid terletak di antara pekan Parit dengan pekan Tanjung Blanja. Masjid sungguh selesa samada ruang solat atau pun laman persekitarannya.

Perasmian masjiddisempurnakan oleh Raja Nazrin seperti yang tercatat di atas.
Tatatertib Di dalam Masjid seperti dalam gambar ini boleh dilihat di setengah setengah masjid sahaja. Walaupun zahirnya nampak sudah lama tetapi masih jelas untuk dibaca. Ianya kemungkinan adalah hasil tulisan tangan. Walau bagainmanapun ianya boleh diperolehi di pasaran sekarang dengan tulisan rumi.

Setiap jemaah hendaklah memahami setiap adab yang dinyatakan dalam poster tersebut bagi mendapat keberkatan sepanjang berada di dalam masjid. Sehinggakan langkah memasuki masjid pun boleh menjadi ibadah buat kita jika kita mengambil berat akan ilmu tersebut. Sebaiknya semua masjid mengambil anisiatif serupa supaya ia boleh menjadi amalan setiap jemaah masjid.
Aku sempat merakamkan gambar sebahagian jemaah setelah kami selesai menunaikan solat maghrib. Semoga masjid ini mampu meningkatkat minat dan keperhatinan kariah untuk sama sama berjemaah di masjid agar ruang ruang yang masih banyak kosong akan dilimpahi suatu masa nanti. Sesungguhnya jumlah jemaah waktu maghrib adalah jumlah yang paling ramai berbanding waktu waktu lain. Bolehlah dianggarkan berapa agaknya jumlah jemaah jika waktu suboh? Wallahuaklam.

9 ulasan:

  1. Salam YB,

    Sekarang memang banyak masjid dibina. Tapi sayang yang mengimarahkan masjid amat menyedihkan. Tapi kalau tempat berhibur kereta kita nak lalu pun jem. Tahu-tahu rupanya ada konsert.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Betul tu, ada masjid harga 7 juta tetapi jemaah 7 orang jer....kalau konsert kat padang penuh agas dan nyamuk, tetap ramai. Yg muda, tua, anak kecik, mengandung, pendek kata semua ada....

    BalasPadam
  3. Sebut Tanjung Belanja aku amat terkesima; bayangkan aku diikut di dalam guni & dicampak ke Sungai Perak.... kita tak mungkin dapat berkenalan YB

    BalasPadam
  4. salam Idan

    Begitulah hebatnya org dulu jaga anak dara mereka. Zaman sekarang terbalik pulak, bukan marah malah gembira anak diusung orang. Minta jauhkan kita drpd ujian itu..

    BalasPadam
  5. Salam...

    ...di masjid inilah jenazah ayah saya disembahyangkan pada tahun 1996 sebelum perjalanan terakhir arwah untuk dikebumikan di Kg Bukit Chupak...

    BalasPadam
  6. Salam Asmahani,

    Semoga roh nya dicucuri rahmat oleh Allah dan diampunkan segala kesalahan. Alfatihah.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum en saya pelajar uitm seri iskandar.Saya disini berminat ingin tahu sejarah masjid ini jika en tahu tentang sejarah masjid ini amat membantu saya dalam tugasan saya sedikit pon amat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf banyak banyak sebab saya cuma singgah dan bukan penduduk tempatan. Jadi maklumat di tulis hanya berdasarkan malu at drpd dlmasjid.

      Padam