Jumaat, Disember 10, 2010

Balang Pusaka

Bukan balang sebarang balang, balang peninggalan arwah datuk. Balang ini diberi oleh mak cik aku setelah ia menutup operasi kedai runcitnya di Kampung Sungai Bil. Beliau telah berpindah ke kampung sebelah Kg Sungai Dara dan tidak mampu lagi mengurus kedai tersebut sementelah pula memikul tugas sebagai guru takmir yang mengajar ilmu agama dari surau ke surau.

Lebih kurang 40 tahun dahulu balang ini digunakan oleh datuk ku untuk menyimpan barang yang diperniagakan seperti biskut biskut atau gulu dan lain lain. Kini aku masih memikirkan apakah yang sesuai untuk dijadikan balang ini. Nak buat penyimpan gula, agak terlalu besar. Aku bukan pemborong gula yang suka sorokkan gula. Sorok pun boleh banyak mana.. Harga gula tetap mengancam. Mungkin untuk menjamin harga barangan pengguna di Malaysia pada paras minimum, konsep satu barang satu menteri kena diwujudkan. Menteri kelapa, menteri telur, menteri tepung dan menteri menteri ......Mungkin boleh menimbulkan sedikit kepercayaan rakyat akan kewibawaan mereka.
Amat sukar bagi kita melihat balang kaca yang sebesar ini. Balang ini memang masih cantik lagi cuma penutupnya yang dibuat daripada zing sudah berkarat. Perlu di gosok dengan kertas pasir dan disembur cat untuk memulihkan kecantikannya.

11 ulasan:

  1. Assallamualaikum YB,

    bagusnya dapat balang mcm ni..
    Cuci /bersihkan elok2..pamer saja di sudut rumah... atau buat bela ikan guppy pun elok juga!

    BalasPadam
  2. Salam nadz,

    Bagus idea bela ikan gappy tu.

    BalasPadam
  3. Salam YB,

    Kalau kakak dapat balang nie mesti kakak masukkan botol-botol kecil pefume koleksi kakak kedalamnya. Letak atas almari hiasan. Mesti cantik.... boleh bagi kakak satu?

    He..he... gurau ajelah..... jauh sangat nak ke Perak hanya nakkan botol balang tu.

    BalasPadam
  4. YB kekalkan tutupnya dengan kekayu libut bak gambar tertera; ianya nampak lebih antik. Cumanya jika jumpa penutup keluli yang lebih antik bolehlah digantikan penutup berkarat tersebut.

    Sejak dulu YB pasti tahu aku ini amat suka dengan barangan pelik sebegini; cumanya jika pasangan kita tidak serupa minat ianya akan menjadikan segala barangan kita terbiar. Perlu amat kerjasama dengan semua keluarga.

    Suka amat botol ini.

    BalasPadam
  5. Salam kakzakie,

    Barang lama memang ramai yg suka. Moga bila kita hidup makin lama semakin suka anak kepada kita.

    BalasPadam
  6. Salam Idan

    Nak pakat kawan kat bengkel logam, macamana nak pulihkan penutup asal tu.

    Bila pasangan tak suka apa yga kita suka, kita buatlah apa yg dia suka jer...eemmmm

    BalasPadam
  7. Satu dah retak. Rasanya tak jual. Kenangan tuh.

    BalasPadam
  8. Satu dah retak. Rasanya tak jual. Kenangan tuh.

    BalasPadam