Khamis, Disember 16, 2010

Drama Kita Sekarang

 
Do, Re, Me maupun  Pendekar Bujang Lapok, aku lebih rela menontonnya berbanding kebanyakan drama drama tv masa kini. Bosan, meluat, jumud kepala otak. Cinta cinta cinta. Yang lebih mencemburukan hati apabila watak watak ahli agama sering digambarkan sebagai orang kalah dalam sebarang adegan pertembungan samada pertembungan pendapat, tindakan atau keputusan. Maksudnya jika ada ahli agama mengecam sekumpulan yang kontra terhadap agama, di akhrir cerita ahli agama pasti akan memohon maaf kepada kumpulan tersebut.

Kalau ada dalam drama itu ibubapa yang cenderong kepada agama yang sering membebel terhadap anaknya, pasti diakhirnya ibubapa itu digambarkan tersalah mengambil tindakan terhadap anak.

Amat sukar melihat akhiran cerita di mana mat mat rempit, bekas bohsia, kaki disko, penagih konsert, kaki minuman keras, memohon maaf kepada kumpulan agama yang sepatutnya diberi imej baik dalam setiap adegan.


Sesuaikah watak bersongkok, tapi...?

Perbuatan dengan kerap menonjolkan ahli agama mempunyai imej kurang baik ataupun berada di situasi keliru dalam drama atau filem akan menyebabkan akhirnya suatu hari nanti ahli agama akan dipandang sinis di sisi masyarakat. Manakala golongan yang tidak cinta kepada agama akan menjadi sanjungan hasil daripada watak watak mereka yang diberi imej baik dalam drama atau filem. Kita takut ini menghakis minat masyarakat bukan islam mendekati islam. Lebih dasyat lagi masyarakat islam sendiri akan memandang golongan warisan ulama tersebut sebagai pengacau kepada kebebasan hidup mereka.

2 ulasan:

  1. Salam YB,

    Menonton dengan hati dan bukan dgn mata semata2 akan membuat kita nampak sesuatu yg amat menjengkelkan. Jangan kata drama, iklan yang terlalu banyak menjadi selingan setiap paparan TV lagi membuat hati kita pedih.

    Dalam rancangan yg bercorak agama sendiri terselit suatu yg menjurus kepada kealpaan tujuan siaran sebenar. Dengan pakaian penyampai yg menunjuk-nunjuk, solekan melampau dsb untuk apa itu semua?

    Selagi agama diperlekehkan selagi itu matlamat utk negara kita jauh dari kemungkaran rasanya terlalu jauh untuk digapai.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Macam macam lembaga kita ada. Bukan untuk memelihara akidah masyarakat islam tetapi lebih menjurus kepada keuntungan sesuatu pihak. Maka dipersetankanlah segala yg menyinggung tatasusila budaya dan agama.

    BalasPadam