|
Ruang solat Lelaki |
Alhamdulillah, minggu lepas kami diberi rezki oleh Allah untuk berkunjung ke negara yang sering disebut dalam bidalan "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Setelah hampir separuh abad hidup bernegara bersama satu bangsa komuniti ke 2 terbesar di Malaysia, Cina, kini aku berpeluang melihat lebih dekat asal usul dan tamadun mereka.
Beijing ibu negara China memiliki penduduk 20 juta orang manakala lebih 200 ribu daripadanya adalah beragama islam. Walau bagaimanapun keprihatinan penganut islam di Beijing tentang menegakkan syiar islam maka terdapat beberapa buah masjid yang dipelihara rapi hingga saat kini. Dalam kunjungan ini aku sempat singgah di tiga buah masjid di Beijing. Masjid yang lain akan paparkan di antry lain.
Pengenalan kepada Masjid Niujie di atas ada tertampat di tembok di laluan masuk ke kawasan masjid. Oleh kerana pemandu pelancong tidak beragama islam maka pengetahuannya terhadap sejarah masjid ini hanya sedikit. Walau pun begitu beliau (Mr Li, lebih gemar dipanggil Ali) agama islam dan setiap waktu solat telah di atur dalam jadual lawatan.
Ruang solat masjid mempunyai ciri ciri grafik cina. Tidaklah luas sangat dimana sesuai dengan jumlah penduduk islam yang sedikit.
|
Hiasan di ruang mehrab masjid. |
Daripada gambar di atas kita dapat merasakan bahawa masjid ini dibina sejak beratus tahun yang lepas. Hasil yang dipaparkan dapat menggambarkan usia sejarah masjid tersebut.
|
Mimbar |
Terdapat susunan meja dan kerusi diruang tepi kiri dan kanan masjid. Agak agaknya mungkin digunakan untuk jemaah mempelajari ilmu agama atau belajar al Quran daripada guru.
|
Siling masjid |
|
Ruang solat jemaah wanita agak jauh dari dewan solat lelaki. |
|
Anakku Syazwan |
Apa yang tercatat adalah berkenaan sejarah pembinaan Masjid Niujie. Kalau anda boleh mambaca manderin bolehlah baca di bawah ini.
|
Sejarah binaan masjid |
|
terletak disebelah gambar atas |
|
Pelan lokasi kawasan masjid |
|
Pemandangan pekan Niujie |
|
Risalah Masjid Niujie |
|
Risalah |
Walaupun amat seronok berkunjung ke tempat tempat sejarah dan tempat menarik di Beijing, adalah tidak bermakna kunjungan tersebut sekiranya kita tidak dapat berkunjung ke Masjid Niujie. Masjid ini antara masjid yang terkenal di beijing. Walau pun begitu banyak yang perlu dilakukan oleh umat islam dalam mengagongkan islam dibumi yang penduduk islamnya terlalu minoroti dan diperintah oleh kerajaan bukan islam.
Salam YB,
BalasPadamWah... melancung rupanya.
Suka lihat paparan gambar mehrab dan ceiling masjid. Cantik dan kreatif sungguh. Bersyukur masih banyak masjid-masjid buat kaum minoriti beribadat. Tidak kurang pelancung Islam yang berkunjung ke sana.
Salam kakzakie,
BalasPadamMasjid mereka kecil sahaja dan struktur dan bahannya nya melambangkan masjid tsb telah didirikan sekian lama.
assalam..sya mintak izin untuk guna maklumat dan gamba untuk assigment saya. Harap puan tidak keberatan untuk mmbenarkan..
BalasPadamW,salam.
PadamTiada masalah. Silakan.