Khamis, September 02, 2010

Menyelamatkan Peralatan Elaktrik Daripada Kilat

Soket Perantara lengkap dengan Pelindung
Pernahkah peralatan elaktrik rumah anda rosak disebabkan kilat? Sekiranya anda tidak pernah mengalami pengalaman tersebut, anda perlu ingat bahawa kelengkapan elektrik rumah kita sentiasa diancam oleh kilat. Kilat juga mampu merosakkan apa sahaja harta benda yang bukan berasaskan elektrik. Untuk pengetahuan bersama, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengalami kejadian kilat amat tinggi didunia.

Cara mudah untuk melindungi peralatan elektrik kita ialah dengan menggunakan perlindungan tambahan iaitu soket perantara lengkap dengan perlindungan seperti gambar di atas. Caranya ialah soket perantara terlebih dahulu dipasangkan ke soket pada dinding. Kemudian plug 3 pin peralatan pula dipasang ke soket perantara.  Harus diingat bukan semua soket peranta mempunyai sistem perlindungan. Anda perlu melihat spesifikasinya terlebih dahulu.

Sambungan Varistor didalam soket perantara
Bagaimana ia berfungsi? Terdapat tiga biji Varistor dipasang merentasi setiap terminal dalam soket tersebut. Secara asasnya varistor berkerintangan tinggi pada voltan biasa tetapi berkerintangan rendah ketika voltan tinggi.
Varistor
Kilat boleh dengan mudahnya meningkatkan voltan bekalan hingga ke 6000 volt pada sesuatu masa.  Pada masa tersebut arus akan dialirkan kebumi (ground) melalui varistor.  Kebiasaannya ketika itu juga varistor akan rosak disebabkan tidak mampu menampung jumlah voltan yang terlalu tinggi. Walaupun soket perantara rosak tetapi kita dapat menyelamatkan peralatan yang lebih mahal.
Varistor pecah akibat voltan tinggi
Kerosakan soket perantara dapat dikesan apabila ia digunakan ianya menyebabkan ELCB akan terpelantik (trip). Sekiranya anda mempunyai kemahiran sedikit tentang elektrik anda boleh menggantikan varistor baru yang boleh diperolehi di kedai menjual komponen elektronik. Harga sebiji lebih kurang 70 sen.

Untuk menjamin keselamatan anda dinasihat mendapatkan perkhidmatan juruteknik untuk memperbaikinya. Untuk lebih mudah lagi sila berbelanja untuk membeli yang baru.

6 ulasan:

  1. salam yfc

    terima kasih kerana berkunjung.

    BalasPadam
  2. Salam YB,

    Dapat info yang baik dari N3 nie. Peringatan sebelum cuti balik kampung kena check dulu.

    BalasPadam
  3. salam kakzakie

    Peralatan yg sebaiknya menggunakannya ialah peti sejuk. Sebab kita pasang 24 jam. Walaupun soket biasa dlm keadaan off tetapi plug masih tercucuk masih boleh dirosakkan kilat. Utk selamatkannya, sila cabut.
    Kalau TV, cabut sekali penyambung ariel yg melekat kat tv tu. Kilat boleh mengalirkan elektrik melalui ariel apabila ariel disambar.

    BalasPadam
  4. salam Tokan

    Terima kasih.

    BalasPadam