Selasa, Mei 27, 2014

Coklat Haram

 "Jika dikumpul jumlah makanan haram yang termakan oleh kita boleh menyamai lebih daripada seekor babi" Begitulah kata kata seorang ustaz yang pernah saya dengar sebelum ini. Pada mulanya agak keterlaluan bagi saya menerima kenyataan tersebut, namun melihat kepada isu terkini rasanya ada kebenaran kata ustaz tersebut. Begitulah terdedahnya kita setiap hari dengan makanan haram walaupun ianya sudah dijamin oleh pihak yang mempunyai kuasa(Jakim) untuk mengesahkan kehalalannya. Itu belum mengambil kira makanan yang tidak mempunyai pengesahan halal. Lebih teruk lagi ada sebilangan masyarakat yang langsung tidak memikirkan soal halal haram.
Apabila timbul isu haramnya sesuatu makanan yang melibatkan penerima sijil sah halal maka kita melihat pihak berwajib bersikap agak berkompromi dengan syarikat pengeluar. Amat berat untuk mengumumkan nama produk. Jika diumumkan pun masih mengambil sikap seolah olah ingin memelihara keselamatan perniagaan syarikat tersebut.
Merujuk kepada isu coklat Cadbury yang mengandungi bahan daripada babi, kita tidak nampak satu tindakan yang serius yang boleh diambil oleh pihak berkuasa demi menjamin isu sebegini tidak berulang lagi. Puncanya pihak berkuasa tidak melihat terjadinya perkara ini disebabkan sekadar satu kesilapan. Mengapa tidak menganggap ianya satu agenda untuk menghina Islam.
Makan makanan haram akan mendatangkan impak yang buruk kepada pembentukan rohani masyarakat islam. Masyarakat bagaimanakah akan terbentuk akan datang sekiranya pembesarannya bergelumang dengan makanan tidak halal. Tindakan berat terhadap pihak Cadbury contohnya perlu diambil demi satu pengajaran kepada lain lain syarikat yang cuba memperlekehkan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

4 ulasan:

  1. Betul tindakan berat patut diambil memandangkan ramai umat Islam telah ditipu. Kakak ni YB setiap minggu membeli cadbury macam-macam perisa berpuluh ringgit. Sedih, geram semua ada dlm hati bila dah tahu. Jumlah yg kakak buang masuk tong sampah aje dah berpuluh ringgit. Nak bagi org non-Islam pun kakak tak nak. Buang terus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib kita. Ada badan pemantau pun macam lepas batuk di tangga sahaja. Sekadar ada peraturan tetapi tidak menjamin keperluan orang islam sendiri. Adik saya suka beli coklat utk emak saya sebab dia pun suka. Sudah tentu pernah terkena juga. Kesian betulll.

      Padam
  2. pemimpin-pemimpin melayu Islam kita sebuk dengan "HUB HALAL" ... "MALAYSIA HUB HALAL SEDUNIA" ........ cetak buku.... buat majlis besar-besaran ... masuk akhbar .... masuk tv .... muka semua sengeh bangga .... rupa-rupanya bohong belaka .....!!!!!!!!!!!! dahsyat ..... dahsyat ..... melayu nih.............

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam rantai,

      memang betull...tiada maknanya kita hebat di sisi gelaran tetapi masih diperangkap benda haram.

      Padam