Rabu, November 21, 2012

Bolasepak Yang Menghampakan

http://edyesdotcom.blogspot.com
Ha Ha Ha, patut atau tak patut pasukan bolasepak Malaysia ditertawakan setelah seri dengan pasukan Bangladesh, aku dah tergelak dahulu apabila melihat tajuk berita di atas. Bila diteliti betul betul baru ku tahu ianya sekadar sindirin sinis buat jurulatih tersebut.

Apapun keputusan seri dengan Bangladesh adalah satu keputusan yang tak boleh diterima oleh peminat bola sepak Malaysia. Harapan yang menggunung untuk melihat pencapaian pasukan bola agak konsisten masih belum tercapai. Kadangkala permainan agak membanggakan dan kadangkala membosankan hingga di beri taraf permainan standard estet. Sebenarnya ramai penganalisa sukan tahu di mana punca kegagalan mutu permainan pasukan Malaysia. Peminat juga tahu apa sepatutnya di lakukan oleh persatuan. Hingga saat ini cuma tindakan yang berkesan belum lagi dilaksanakan. Kita telah ketinggalan terlalu jauh kebelakang Korea yang mananya dahulu memiliki tahap yang lebih kurang sama dengan kita.

Tindakan drastik yang perlu dilakukan yang ada dalam kepala otak aku ialah tukar semua kepimpinan persatuan bolasepak Malaysia. Lantik mereka yang faham mentadbir persatuan sukan. Mentadbir persatuan sukan tidak sama dengan mentadbir persatuan kebajikan atau pertubuhan politik. Kalau mahirnya kebajikan sahaja atau politik sahaja itu tandanya mereka tidak mampu. Kita perlukan orang yang bijak, boleh buat kerja, boleh menerima pandangan dan ada vision untuk melonjakkan nama pasukan bolasepak Malaysia di persada dunia.

2 ulasan:

  1. Gelihati kakak baca N3 ini. Tapi kakak tak beranilah nak komen bab lain-lain sebab kakak memang tak mengikuti perkembangan sukan di tempat kita (kurang minat sebenarnya YB). Adalah sesekali teman abang tonton tv macam masa Kelantan menang hari tu kakak ada tengok.

    BalasPadam
  2. yg minat bola pun dah mula tak ikut perkembangan sebab dah menyampah kerenah pengurusan dan prestasi pasukan.

    BalasPadam