Masjid Kajang kini aku lihat seperti lain lain masjid di Selangor. Kebanyakannya kini mempunyai ramai jemaah. Mungkinkah selepas peralihan kerajaan maka masjid masjid di Selangor mendapat perhatian lebih oleh kerajaan baru sehinggakan terserlah kemakmurannya berbanding sebelum ini.
Kalau macam macam ada di masjid macam macam orang datang ke masjid. Kalau setakat ada solat jemaah kat masjid maka orang yang nak solat sahaja yang akan kemasjid. Oleh itu pelbagai program perlu ada di masjid agar pelbagai orang akan datang ke masjid. Di masjid tempat penyatuan masyarakat. bagaimana boleh bersatu jika ramai ahli kariah tidak menghadirkan diri ke masjid.
Jika berbicara soal pembangunan masjid tidak sah jika tidak mengkaitkan Datuk Ujang Bagong. Beliau merupakan seorang dermawan yang banyak menyumbang ke masjid Kajang. Siapa yang tak kenal dengan beliau yang sering menghulurkan derma ke mana mana badan sosial terutamanya sekitar Kajang.
Banyak usaha dilaksanakan demi menggalakkan masyarakat islam mendekatkan diri ke masjid. Sekiranya ia dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas kerana Allah kita akan lihat syiar islam itu akan terserlah.
Betul YB. Kena pelbagaikan cara utk menjadikan masjid dikunjungi. Kalaut takat solat jemaah memang waktu lain akan jadi sunyilah..
BalasPadamAJK masjid kena kretif utk tarik org ramai
BalasPadam