Rabu, Februari 29, 2012

Masjid Kampung Balun

Masa zaman sekolah dahulu aku tidak pernah masuk ke Kampung Balun. Malah baru baru ni selepas lebih  30 tahun baru aku meluangkan masa untuk ke kampung ini atas urusan menghadiri kenduri kahwin. Aku sempat singgah di Masjid Kampung Balun untuk menunaikan solat zuhur.
Walaupun sebenarnya aku mempunyai ramai kawan duduk di sini ketika bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Slim River. Sekarang sekolah tersebut masih ada tetapi telah diubah nama kepada SMK Dato' Zulkifli, Slim River.
Antara kawan kawan yang masih aku ingat ialah Badrulhisham sebab ada ber fb dengan aku hingga kini. Antara lainnya ialah, Amang, Kua, Suhaili, Epit, Husni. Antara jasa jasa kawan kawan Kampung Balun ini yang tidak terbalas rasanya ialah sering menumpangkan kami dari sekolah ke pekan Slim River. Kami tidak naik bas sekolah sebab bas tersebut tidak sampai ke Kampung Sungai Bil.
Kalau melihat nama kampung tersebut tentu sekali kita beranggapan penduduk kampung tersebut ganas ganas. Sebenarnya anggapan begitu amat melesit sekali. Kitapun tidak tahu bagaimana asal usulnya nama kampung tersebut. Kalaupun sikap kaki balun itu ada, mungkin pada segelintir sahaja. Mana mana kampungpun kita boleh jumpa. Memang orang melayu terkenal sifat kepahlawanannya sejak dahulu. Cuma kepahlawanan itu diterjemahkan sekarang ke lain fungsi hinggalah menjadi Perkasa. Jika dulu pahlawan melayu menentang bangsa lain yang mengancam bangsanya sendiri tetapi pahlawan melayu sekarang yang telah menganggap mereka perkasa menentang bangsanya sendiri.

 
 Kampung Balun merupakan antara kampung yang besar di sekitar Slim River. Tidak hairan terdapat masjid di sini. Bagi kampung kami di Sungai Bil terpaksa bergabung dengan Kampung Sungai Dara bagi membentuk kariah. Begitulah jurang saiz antara Kampung aku Sungai Bil dengan Kampung Balun.

Segala yang berlaku dahulu tetap terpahat dalam sejarah. Sejarah terlakar dalam hati dan fikiran. Yang manis tetap dikenang, yang baik dalam ingatan. Apapun yang pasti tiada yang tertinggal di catatan Kiroman Katibin.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB,

    Perkasa zaman dulu jauh bezanya dgn Perkasa sekarang(senyum nie kakak YB).... dulu mana ada fikir nak pangkat ke duit. Dulu 100% sebab bangsa. Kg Balun bukan bererti orgnya jahat tapi pendirian mereka teguh (balun sepenuh tenaga)nak jadikan tanah sebagai kampung mereka (anak-cucu jangan pulak jual tanah yg ada)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W,salam kakzakie,

      Bezanya pahlawan dulu ikhlas utk bangsa tapi pahlawan sekarang ikhlas kat jawatan. Bila tak ada jawatan mula tubuh itu tubuh ini supaya boleh diangkat sebagai ketua.

      Padam
    2. Menitis air mata apabila membaca luahan di atas, kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga kehari ini ialah betapa orang2 tua dahulu bersatu padu dan berkerjasama didalam semua perkara. Apabila sampai keanak2 cucu perpecahan telah berlaku, masing2 gilakan kedudukan, pangkat nama sehinggakan timbulnya banyak puak2. Datang pula Dato' Kamarul Rashdan konon nya untuk menyatukan puak2 yang ujud malangnya tidak berjaya kerana menggunakan landasan (orang) yang tidak betul, ratusan ribu telah di curahkan. Begitulah jika niat tidak betul dan mengenepikan nasihat orang2 tua dahulu.

      Padam
    3. Salam TN
      Kalau namanya perjuangan yang tidak bersandarkan keikhlasan, pastinya tidak mencapai kejayaan. Kalau dulu wang digunakan untuk menyatukan tetapi kini kesatuan digunakan untuk mendapatkan wang. Wallahuaklam.

      Padam
  2. salam tuan yb,
    saya pernah solat dimasjid ini sekitar 3 tahun yg lalu...
    dlm perjalanan dari teluk intan keKL tergerak hati nak singgah disebabkan nama kampung tu yg agak unik...
    tuan,
    perkasa dulu dihormati kerana membela golongan yg lemah dan tertindas...
    perkasa sekarang dibenci kerana membela golongan yg berkuasa dan menindas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      cantik sungguh gurindam perkasa Tuan di atas...tabek spring.

      Padam
  3. salam..aku bila rindu mengamit kan pulang ke kg balun..suhaili (leely)

    BalasPadam
  4. Salam Suhaili,

    Rasanya saudara ni antara kawan saya yang dinyatakan di atas. Kalau betul: masih di Cameron Highland lagi kah? Last kita jumpa di Sg Behrang 2 tahun lepas kan selepas 30 tahun tak jumpa. Terima kasih kerana berkunjung.

    BalasPadam
  5. wsalam..ye aku lah...nama yg tersebut diatas.amang lama aku xjumpa....yg lain masih ada kekadang berhubung,sham selalu berhubung melalui fb.fb aku suhayli leely.tq

    BalasPadam
  6. Saya pernah membesar di sini semasa menemankan arwah opah. Itupun semasa cuti sekolah antara tahun 1982 ke 1989. Semasa itu terdapat sungai yg sangat jernih melintasi Kg Balun. Sekarang ini, sungai itu dah menjadi aliran air kecil. Rumah dan tanah arwah opah telahpun dijual tetapi kenangan bersama opah, mandi sungai, masjid ini dan musim durian tidak akan dapat dilupakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam FN,

      hidup di kampung semasa remaja memang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti ditempuhi kini menjadi kenangan manis di kala tua.

      Padam
  7. Assalamu'alaikum...saya juga lahir di Kg Balun pada tahun 1950. Arwah ibu Radiah/Rodiah Abu Samah, opah Shamsiah. Anak2 Radiah,Abdullah Sani,Misrah dan Abdullah Jumain. Arwah abah Harun Munkim, opah Amnah/Tupin binti Tahir/Mak Uda/ Mak Kacik. Ibu Amnah bernama Rafeah. Amnah ada lima anak, Kalthom,Rahmah,Ibrahim,Harun (semua dah arwah) Hasmah. Atuk Abu Samah seorang peraih getah masa dulu dan membuka kedai runcit kecil2an di bahagian depan rumahnya. Abah dan ibu saya dulu berjiran, tumah mereka bersempadan. Maseh ingat lagi areah opah pernah bercakap beberapa kali, yang arwah suaminya berpesan, jangan di jual tanahnya pada orang lain, bila dia meninggal dunia. Dia membanting tenaga empat kerat menebang pokok2 dan menebas sesak samun untuk mendirikan rumah, buat keluarganya. Segala pokok getah dan pokok buah2an, adalah untuk bekal anak cucu cicitnya. Arwah atuk Munkim berpesan begitu pada opah. Begitu juga dengan tanah arwah atuk Abu Samah, semuanya telah di jual oleh anak mereka. Yang tinggal kini hanyalah kenangan yang memilukan...noorsham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      Sungguh ramai nama yg tuan sebut, malangnya hampir semua tidak pernah saya dengar. Tidak hairanlah sebab saya dilahirkan di kampung lain iaitu Kampung Sungai Bil. Cuma nama Tupin itu biasa saya dengan sekitar tahun 70an dan 80an dahulu. Mungkin kebetulan sahaja. Apapun terima kasih kerana sudi berkunjung dan mencoret.

      Padam