Rabu, Februari 29, 2012

Masjid Kampung Balun

Masa zaman sekolah dahulu aku tidak pernah masuk ke Kampung Balun. Malah baru baru ni selepas lebih  30 tahun baru aku meluangkan masa untuk ke kampung ini atas urusan menghadiri kenduri kahwin. Aku sempat singgah di Masjid Kampung Balun untuk menunaikan solat zuhur.
Walaupun sebenarnya aku mempunyai ramai kawan duduk di sini ketika bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Slim River. Sekarang sekolah tersebut masih ada tetapi telah diubah nama kepada SMK Dato' Zulkifli, Slim River.
Antara kawan kawan yang masih aku ingat ialah Badrulhisham sebab ada ber fb dengan aku hingga kini. Antara lainnya ialah, Amang, Kua, Suhaili, Epit, Husni. Antara jasa jasa kawan kawan Kampung Balun ini yang tidak terbalas rasanya ialah sering menumpangkan kami dari sekolah ke pekan Slim River. Kami tidak naik bas sekolah sebab bas tersebut tidak sampai ke Kampung Sungai Bil.
Kalau melihat nama kampung tersebut tentu sekali kita beranggapan penduduk kampung tersebut ganas ganas. Sebenarnya anggapan begitu amat melesit sekali. Kitapun tidak tahu bagaimana asal usulnya nama kampung tersebut. Kalaupun sikap kaki balun itu ada, mungkin pada segelintir sahaja. Mana mana kampungpun kita boleh jumpa. Memang orang melayu terkenal sifat kepahlawanannya sejak dahulu. Cuma kepahlawanan itu diterjemahkan sekarang ke lain fungsi hinggalah menjadi Perkasa. Jika dulu pahlawan melayu menentang bangsa lain yang mengancam bangsanya sendiri tetapi pahlawan melayu sekarang yang telah menganggap mereka perkasa menentang bangsanya sendiri.

 
 Kampung Balun merupakan antara kampung yang besar di sekitar Slim River. Tidak hairan terdapat masjid di sini. Bagi kampung kami di Sungai Bil terpaksa bergabung dengan Kampung Sungai Dara bagi membentuk kariah. Begitulah jurang saiz antara Kampung aku Sungai Bil dengan Kampung Balun.

Segala yang berlaku dahulu tetap terpahat dalam sejarah. Sejarah terlakar dalam hati dan fikiran. Yang manis tetap dikenang, yang baik dalam ingatan. Apapun yang pasti tiada yang tertinggal di catatan Kiroman Katibin.

4 comments:

  1. Assalamualaikum YB,

    Perkasa zaman dulu jauh bezanya dgn Perkasa sekarang(senyum nie kakak YB).... dulu mana ada fikir nak pangkat ke duit. Dulu 100% sebab bangsa. Kg Balun bukan bererti orgnya jahat tapi pendirian mereka teguh (balun sepenuh tenaga)nak jadikan tanah sebagai kampung mereka (anak-cucu jangan pulak jual tanah yg ada)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W,salam kakzakie,

      Bezanya pahlawan dulu ikhlas utk bangsa tapi pahlawan sekarang ikhlas kat jawatan. Bila tak ada jawatan mula tubuh itu tubuh ini supaya boleh diangkat sebagai ketua.

      Padam
  2. salam tuan yb,
    saya pernah solat dimasjid ini sekitar 3 tahun yg lalu...
    dlm perjalanan dari teluk intan keKL tergerak hati nak singgah disebabkan nama kampung tu yg agak unik...
    tuan,
    perkasa dulu dihormati kerana membela golongan yg lemah dan tertindas...
    perkasa sekarang dibenci kerana membela golongan yg berkuasa dan menindas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      cantik sungguh gurindam perkasa Tuan di atas...tabek spring.

      Padam