Isnin, Mei 30, 2011

Masjid As-Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu

Ini sebuah lagi masjid diBatu Rakit. Aku singgah ketika dalam perjalanan untuk meronda ronda ke bandar  Kuala Terengganu. Aku lihat masjid ini lebih kurang sama dengan masjid ini yang aku singgah kelmarin. Cuma lihat gambar bangunannyayg dilihat dari pagar masuk kedua dua masjid. Mungkin menggunakan plan yang sama.
Apa yang menjadi cabaran kepada pentadbir masjid sekarang ialah bagaimana untuk meningkatkan jumlah jemaahnya. Semua perkara boleh dibuat dengan mudah sekiranya ada duit. Nak tambah besarkan masjid. Nak indahkan masjid. Nak bersihkan masjid. Tetapi nak ramaikan masjid belum tentu berjaya kalau guna duit sahaja.
Perkara yang menjadi lebih sukar lagi apabila duit ada tetapi ajk kedekut nak keluarkan duit. Longgok duit banyak banyak dalam bank kononnya ajak bijak sebab duit banyak. Sebenarnya ajak yang bijak ialah bukan dilihat daripada banyak duit tetapi banyak mana aktiviti yang dilaksanakan. Buat apa duit banyak dalam bank kalau masjid kotor tanpa diurus dengan baik.

Buat apa duit banyak dalam bank kalau kuliah agama pun kadang kadang. Sebaiknya panggil ustaz mengajar. Buat program supaya orang datang ke masjid. Biarkan orang biasa dengan persekitaran masjid. Rasa seronok bila berada di masjid.
Cuba bandingkan sekali lagi ruang hadapan dewan solat ini dengan masjid pada n3 sebelum ni. Lebih kurang sama juga.
Ruang bumbung gambar di bawah juga sema dengan masjid pada n3 sebelum ini. Cuma masjid ini tidak memasang mozek pada binaan tersebut.
Bagi kita orang islam kena memuliakan masjid sentiasa. Perkara yang terbaik perlu dilakukan untuk masjid. Seperti kata ustaz malam kelmarin di surau kami. Banyak masjid dah cantik cantik dibina tetapi sound system masjid masih mendukacitakan. Kadangkala suara ustaz dah kuat tetapi ceramahnya itu tidak tahu buji butir yang disebut. Belanjalah lebih sikit agar apa yang disampaikan tidak sia sia jer.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum YB,

    Kakak rasa YB rata-rata sama masalah utk mengimarahkan masjid. Susah benar. Balik-balik yg datang org yg sama. Kalau maulud nabi saja ramai. Kalau kuliah dapat dtg suku dari jumlah masa maulud pun rasa dah bersyukur sangat. Ini tak yg dtg lebih banyak jari-jemari yg Allah bagi pada kita dari yg dtg dengar. Sedih kan....

    Kadang kakak cuba umpan dgn kuih-muih. Tapi sebab mereka tak biasa dtg. Akhirnya baki kuih pun terpaksa bekalkan pada yg dtg aje....

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie,

    Kalau apa program pun org yg samajer lah. Ada seorang ustaz tu buat lawatan rumah kerumah dan ajak pergi ke surau. Nampak berkesan jugak. Dia buat kawan dulu jiran jiran tuh.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikom wtb tuan YB. Khaifahaluka. Allhamdullah dapat juga ana ke blog tuan. Seronok melihat safar tuan ke Masjid-masjid dan surau -surau.

    Untuk mendekatkan ummat akhir zaman ini ke rumah Allah adalah dengan cara Nabi Muhammad saw. Bagaimana cara yang ditunjukan oleh Nabi, itu lah yang di ikuti. Ziarah rumah ke rumah, ajak megajak ke surau, adakah majlis ilmu dan jamuan sedikit. InsyaAllah semua usaha penat lelah adalah asbab hidayah.

    JazakaAllah

    BalasPadam
  4. Waalaikum Salam MI,

    Alhamdulillah ana sihat. Sebenarnya persinggahan di masjid masjid itu adalah seperti apa yang dibuat oleh orang islam yang lain apabila tiba waktu solat. Jika kebetulan waktu tu ana ada bawak kamera, ana akan cuba rakamkan untuk kenangan dan perkongsian dgn rakan rakan.

    Benar kata anta, tentang dakwah cara nabi tu. Itulah masalah kita umat islam yg sukar meniru cara nabi tapi mudah menerima apa apa pendekatan yg datang dari org kafir.
    Wallahuaklam

    BalasPadam
  5. Masjid kami belanjskan rm7000 sebulan untuk kuliah2. Kehadiran cuma 20-25 orang. Orang YG sama

    BalasPadam