Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Rabu, Mei 18, 2011
Masjid Al-Abrar, Kuala Terengganu
Sebelah petang setelah selesai kursus aku mengambil kesempatan untuk menjelajah bandar Kuala Terengganu. Aku tidak menumpukan sangat pusat bandar malah di pinggiran bandar. Tidak timbul soal sesat walaupun aku tidak biasa dengan Kuala Terengganu kerana alat GPS akan membantu aku. Ketika waktu maghrib hampir tiba, dengan bantuas GPS aku mencari masjid paling hampir. Jadi aku singgah di sini untuk menunaikan tanggung jawab terhadap Ilahi.
Jemaah masih belum ramai sampai di masjid. Kawasan parkir masih lapang. Namun dalam masjid sudah pasti ada jemaah berdasarkan lampu lampu sudah terpasang.
Persekitaran masjid nampak ceria. Bersih dan nampat segalanya terurus baik. Dengan melihat luarannya aku pasti dalaman masjid juga serupa.
Sangkaan aku memang benar. Ruang wuduk masjid ini dihias dengan cantik. Terdapat jambakan jambakan bunga menghiasai ruang ini. Mungkin tidak pernah atau jarang sekali kita melihat keadaan ini di lain lain masjid.
Selain dihias dengan cantik, kebersihan juga terjaga. Papan tanda juga banyak kelihatan memberi maklumat arah dan tempat.
Segenap ruang teratur. Kebersihan lantai dapat dirasakan apabila kaki kita memijak jubin jubin tersebut.
Para jemaah baru sahaja mengangkat takbir. Sambil berjalan ke saf aku sempat rakamkannya.
Aku tertarik dengan kemasan dalaman masjid. Tiang yang tinggi dan alang alang masjid dipasang mozek.
Ucapan tahniah perlu diberi kepada seluruh AJK masjik kerana mereka mampu menceriakan masjid tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalammualikom wtb tuan Hj Yassin. Khaifahaluka? ana ziarah sebentar di blog tuan. Allhamdullah bukan selalu ana kesini, jika diberi ruang ana akan ziarah blog tuan. Cantik sungguh Masjid yang tuan ziarah utk bersolah, kemas, bersih dan teratur susunanya.
BalasPadamSelamat menjalani kursus dgn penuh dedikasi tinggi. Illalikok.
JazakaAllah
Waalaikumsalam wbt MI
BalasPadamTerima kasih kerana berkunjung. Memang benar, walaupun rupa sama spt masjid lain tapi kekemasannya amat berbeza.