Isnin, Mei 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

 Selamat Hari Guru diucapkan terutamanya dah tentu kepada Cikgu Rosnah, isteri aku. Selain mendidik anak murid di sekolah juga mendidik anak anak kami di rumah. Juga ucapan untuk rakan rakan guru dan seluruh guru di Malaysia.

Jika di Jepun guru dipanggil sensei. Panggilan ini sungguh dihormati. Seperti masyarakat melayu menghormati guru guru zaman 60an dan 70an dahulu. Sekarang ini kehormatan itu agak menurun. Ada pendapat mengatakan zaman dahulu jawatan guru dipandang mulia sebab menjadi pilihan kebanyakan orang melayu. Disamping itu ramai pula tidak berkesempatan untuk menjawat jawatan lain di jabatan kerajaan. Murid amat menghormati guru sebab kebanyakan ibubapa mereka sekadar penoreh, peneroka, nelayan dan pekerja kampung. Jika di bandar sebagai buruh pula.

Sekarang ini ramai ibubapa kepada murid murid berjawatan lebih tinggi daripada guru mereka. Memiliki kereta dan rumah lebih besar. Murid murid pula lebih mewah daripada anak guru mereka. Adakah ini salah satu faktor menyebabkan kurangnya hormat murid kepada guru. Sekiranya benar kita perlu melihat semula kepada sikap orang jepun. Sikap menghormati guru ini sudah menjadi budaya kepada mereka. Sesiapa yang terlibat dalam pengajaran dipanggil sensei dan perlu dihormati tanpa melihat fizikal guru tersebut.

Tugas guru hari ke hari semakin mencabar. Tidak cukup mengajar, kerja kerja pentadbiran perlu diuruskan juga. Perancangan PPD perlu dilaksanakan. Kalau dahulu guru kerja 5 hari seminggu. Kakitangan kerajaan lain kerja 6 hari. Kini semua kakitangan kerajaan bekerja 5 hari seminggu setelah kerajaan menyelaraskan waktu kerja lebih kurang 10 tahun lepas. Jadi adalah masa yang lebih panjang untuk keluarga dihujung minggu.

Dalam kerajaan melaksanakan kakitangannya bekerja 5 hari seminggu, aku melihat tahun tahun kebelakangan ini keadan mula nak terbalik daripada zaman dahulu. Guru guru pula kena menghadirkan diri kesekolah pada hari sabtu. Ini bermakna dah nak jadi kerja 6 hari seminggu. Siapa suruh?

4 ulasan:

  1. salam. setuju. mungkin ada benarnya. suasana dah berubah. kita terpaksa terima juga. sebagai salah satu cabaran dlm pendidikan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum YB,

    Memang betul tu. Sekarang boleh dikatakan anak kakak kena ke sekolah setiap Sabtu. Ada saja kelas tambahan. Cikgu pun kena datang jugalah....

    Moga cikgu-cikgu tabah dgn ujian dan semangat tak luntur.

    Selamat Hari Guru Cikgu Rosnah dan lain-lainya...

    BalasPadam
  3. W,salam M Burn

    Yg kita khuatiri hilangnya keberkatan ilmu apabila hilangnya hormat terhadap guru. Moga tidak begitu.

    BalasPadam
  4. Salam kakzakie,

    Cikgu hari ini adalah murid ketika dahulu. Murid hari ini adalah cikgu akan datang. Ilmu perlu diwarisi. Semoga semua cikgu cekal dan tabah.

    BalasPadam