Aku ke Batu Rakit untuk berkursus di Institut Teknologi Petronas (INSTEP). Tidak lama hanya 3 hari sahaja. Dalam perjalanan ke sini aku ada singah 2 masjid di Gua Musang dan Machang. Sila lihat entry sebelum ni.
Masjid ini terletak dalam kaasan INSTEP. Jadi memang mudah para pekerja di sini untuk berjemaah zuhr dan asar. Terdapat ramai juga peserta kursus yang datang ke sini yang rata ratanya kakitangan Petronas atau anak syarikatnya. Masjid ini tidak terlalu besar tetapi cukup selesa untuk menampung jemaah. Tidak tahu pula keadaan hari jumaat sebab kursus aku selesai hari rabu.
Gambar di atas laluan masuk ke masjid ikut dari arah belakang. Masjid tak tinggi seperti setengah masjid yang boleh mengah disebabkan terlalu banyak anak tangga.
Gambar di atas adalah pandangan masjid dari arah hadapan. Insyaallah aku akan kembali lagi ke sini.
Salam...sye prnh brsolat jumaat di masjid instep...sblm khutbah jumaat brmula...ad seorg ustaz yg beri tazkirah...siapa nma ustaz tu ehh?sye trtarik dgn cara tazkirah dye
BalasPadamSaya tidak pernah solat jumaat di situ. Selalunya kursus habis khamis. Tidak pasti pulak siapa nama ustaz tsb. Apa pun inshaAllah ada berkat drpd tazkirah tsb.
Padam