Rabu, Februari 29, 2012

Masjid Kampung Balun

Masa zaman sekolah dahulu aku tidak pernah masuk ke Kampung Balun. Malah baru baru ni selepas lebih  30 tahun baru aku meluangkan masa untuk ke kampung ini atas urusan menghadiri kenduri kahwin. Aku sempat singgah di Masjid Kampung Balun untuk menunaikan solat zuhur.
Walaupun sebenarnya aku mempunyai ramai kawan duduk di sini ketika bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Slim River. Sekarang sekolah tersebut masih ada tetapi telah diubah nama kepada SMK Dato' Zulkifli, Slim River.
Antara kawan kawan yang masih aku ingat ialah Badrulhisham sebab ada ber fb dengan aku hingga kini. Antara lainnya ialah, Amang, Kua, Suhaili, Epit, Husni. Antara jasa jasa kawan kawan Kampung Balun ini yang tidak terbalas rasanya ialah sering menumpangkan kami dari sekolah ke pekan Slim River. Kami tidak naik bas sekolah sebab bas tersebut tidak sampai ke Kampung Sungai Bil.
Kalau melihat nama kampung tersebut tentu sekali kita beranggapan penduduk kampung tersebut ganas ganas. Sebenarnya anggapan begitu amat melesit sekali. Kitapun tidak tahu bagaimana asal usulnya nama kampung tersebut. Kalaupun sikap kaki balun itu ada, mungkin pada segelintir sahaja. Mana mana kampungpun kita boleh jumpa. Memang orang melayu terkenal sifat kepahlawanannya sejak dahulu. Cuma kepahlawanan itu diterjemahkan sekarang ke lain fungsi hinggalah menjadi Perkasa. Jika dulu pahlawan melayu menentang bangsa lain yang mengancam bangsanya sendiri tetapi pahlawan melayu sekarang yang telah menganggap mereka perkasa menentang bangsanya sendiri.

 
 Kampung Balun merupakan antara kampung yang besar di sekitar Slim River. Tidak hairan terdapat masjid di sini. Bagi kampung kami di Sungai Bil terpaksa bergabung dengan Kampung Sungai Dara bagi membentuk kariah. Begitulah jurang saiz antara Kampung aku Sungai Bil dengan Kampung Balun.

Segala yang berlaku dahulu tetap terpahat dalam sejarah. Sejarah terlakar dalam hati dan fikiran. Yang manis tetap dikenang, yang baik dalam ingatan. Apapun yang pasti tiada yang tertinggal di catatan Kiroman Katibin.

Jumaat, Februari 17, 2012

Halam


Sebut halam sudah pasti kita akan mengingati penceramah terkenal Ustaz Ismail Kamus. Beliau yang mempopularkan perkataan ini dengan sinis menyebut halam mungkin hukum baru bagi seseorang  yang takut meletakkan sesuatu itu halal atau haram. Inilah sebenarnya orang buta di sisi Allah apabila semua yang telah jelas dalam Al-quran maupun hadith dan telah disampaikan oleh para ustaz tetapi masih teraba raba dalam kemungkaran.

Isu yang sama rupanya masih wujud. Rakyat tidak tahu apa yang ulamak sebut. Rakyat tidak pasti betulkan berita dalam internet sebut. Rakyat tidak tahu betulkah akbar milik kerajaan sebut. Tetapi yang rakyat tahu jika ulamak bercakap mesti betul. Masakan ulamak ingin menempah neraka diakhirat nanti. Masakan ulamak sanggup menggadai ugama Allah demi memperjuangkan seorang hamba Allah. Ulamak itu pewaris nabi. Memang kita tidak baik membenci ulamak. Tetapi mengapa ada pihak mempergunakan ulamak. Tidak mungkin ulamak sanggup dirinya dipergunakan. Mengapa pula ada satu pandangan ulamak tetapi ada dua cerita.

Rabu, Februari 08, 2012

Doa Doa Amalan

Doa Berlindung Daripada Bahaya
Doa Dipermudahkan Urusan
Doa Keluar Rumah
Doa Selepas Berwudhuk
Doa Masuk Masjid
Doa Keluar Masjid
Doa Lepas Azan
Doa Sayyidul Istighfar
Doa Pakai Pakaian
Doa Mudahkan Tidur
Doa Naik Kenderaan
Doa Tengok Cermin
Doa Waktu Pagi
Doa Waktu Petang

Jumaat, Januari 27, 2012

Masjid Daerah Taiping

Masjid ini memang selalu ramai jemaah. Mungkin disebabkan terletak di tengah bandar Taiping dan berdekatan pula dengan stesyen bas. Tetapi yang penting adalah iman di hati. Jika iman di hati masing masing tidak suka solat di masjid maka dekat manapun tidak terlintas di hati untuk ke masjid.
Sesetengah orang sanggup berbelanja besar dan berkorban apa saja demi memastikan ia dapat tinggal berhampiran masjid. Beruntung dan berbahagialah mereka kerana setiap kali masuk waktu solat maka persekitaran akan diingatkan dengan laungan azan. Tetapi amat malanglah bagi yang tidak mahu solat kerana segalanya akan dianggap menceroboh kehidupannya.

Masjid ini mempunyai kawasan parkir yang luas. Walaupun hari jumaat tidak menjadi masaalah. Terdapat juga peniaga masih boleh berniaga dalam kawasanmasjid tersebut.

Ruang solat masjid ini sebenarnya telah ditambah daripada keadaan asal. Iaanya semakin melebar ke tepi untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Sabtu, Januari 21, 2012

Pembinaan Semula Surau Al-Amin, Taman Maju

Mungkin anda pernah membaca tentang kebakaran Surau Taman Maju Seri Iskandar di sini sebelum ini. Mungkin juga anda ingin tahu apakah yang keadaan kini surau tersebut lebih lebih lagi bagi insan pemurah yang telah berderma untuk tabung  pembinaan semula surau yang musnah itu.

Sebenarnya aku bukan penduduk taman ini dan juga bukan kariah surau ini. Oleh kerana surau ini terletak di pusat Seri Iskandar menyebabkan penduduk tempatan sering singgah di sini sekiranya waktu solat tiba. Lokasinya juga tidak jauh dengan tapak pasar malam.

Beberapa minggu lepas aku singgah di sini dan kebetulan masa itu aku ada membawa kamera. Maka aku ambil peluang untuk merakamkan keadaan terkini surau tersebut.
Kalau dilihat gambar di atas mungkin ramai mengatakan itu adalah rumah kongsi pekerja dari Indonesia. Tetapi itulah sebenarnya surau sementara tempat penduduk Taman Maju menunaikan solat berjemaah. Walaupun agak tidak selesa tatapi masing masing mengerti akan ujian daripada Allah. Apakah manusia itu akan tetap uth imannya kepada Allah walau apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah surau ini tetap makmur seperti biasa.
Pandangan aku tertarik kepada satu sudut di mana terdapat beberapa tempelan pada papan kenyataan. Aku membelek penyata akaun surau terbakar ini. Aku sekadar memaparkan apa yang di pandang di muka hadapan sahaja.
Apapun projek pembinaan semula telah bermula. Gambar dibawah dirakamkan lebih kurang 1 bulan lepas. Keadaan projek menunjukkan ianya berjalan lancar. Semestinya ahli kariah mengharap surau baru ini dapat digunakan pada Ramadhan yang akan datang.
Insyaallah akan ada paparan lagi selepas ini bagi mengetahui perkembangan pembangunan surau ini. Tanamlah rasa cinta kita terhadap rumah Allah sesungguhnya ia tempat mulia di muka bumi ini.

Rabu, Januari 18, 2012

Nextage Pharmacy, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Desember 2011 lepas aku pergi hantar anakku Syazwan ke Kem Add-Maths anjuran Easy Maths Technics di UKM Bangi. Tahun ni dia akan menduduki SPM. Ini salah satu usaha aku dan isteri  memberi ia bekalan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Maklum balas daripada kakak dia dahulu yang menyertai kem ini mengatakan ianya sungguh baik. Kena berhati hati sebab banyak pihak bernama Easy Maths yang menganjurkan kem sebegini. Yang aku maksudkan baik adalah yang ini  Easy-Maths Technic

Apabila sampai ke Bandar Baru Bangi kami singgah ke kedai Farmasi Nextage milik anak saudara, Suliana. Farmasi ini terletak di Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi iaitu bersebelahan Restoran Tulang Keting. Lebih kurang setengah jam berada di situ nampak pengunjung tidak henti henti mendapatkan bekalan ubat. Beliau berkata pelanggan akan bertambah apabila lepas waktu pejabat hingga ke waktu malam. Farmasi ini beroperasi hingga 10 malam.

Dibantu oleh dua orang pekerja beliau nampak yakin menguruskan perniagaannya. Berbekalkan pengalaman bekerja dengan farmasi milik bangsa india dan juga farmasi milik bangsa cina memberikan beliau semangat dan  daya saing yang tinggi dalam meningkatkan jualan. Jika anda tinggal di kawasan berhampiran anda boleh berkunjung ke Farmasi Nextage untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Isnin, Januari 16, 2012

Masjid As-Saadah Beruas, Perak

Aku memang kerap singgah di sini sebab masjid ini terletak di laluan aku pergi melihat anak di asrama. Masjid agak besar dan selesa selepas melalui proses menaik taraf tandas dan lain lain kemudahan.
Pembukaan Rasmi Masjid

Dewan solat bahagian depan


Dinding depan dewan solat dihiasi khat ayat Al-Quran yang sungguh cantik menghias dewan solat.
Surah surah untuk sembahyang fardhu yang dinyaringkan bacaannya.
Ruang rehat di luar masjid
Permandangan di luar masjid. Kawasan parkir yang luas. Ada juga sekolah agama rakyat di bahagian depan masjid.

Rabu, Januari 11, 2012

Keputusan Liwat - Apa Kata Mereka




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan.
"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," katanya di sini.

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.
“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.
“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir di sini.

 

Pergerakan Pemuda Umno pada Isnin menyatakan bahawa keputusan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah.
Menurut blog Ketua Pemuda Umno di sini yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata, Pemudak Umno turut menolak hujah yang mengatakan kes Anwar merupaan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.

 Aku berkata bahawa DSI Anwar Ibrahim memang orang yang bersih seperti yang diketahui oleh ramai penduduk Malaysia, apabila beliau dilepaskan oleh mahkamah dari tuduhan meliwat. Walaupun berbagai cubaan untuk menjahanamkan beliau dari era politik namun kekentalan jiwa serta prinsip perjuangan yang betul meletakkan beliau sentiasa di kelompok orang yang sukar ditewaskan. Semangat dan prinsip yang beliau miliki amat perlu ada dalam jiwa seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. YB.



Mereka masih mengambil kepentingan daripada keputusan mahkamah.