Jumaat, Januari 27, 2012

Masjid Daerah Taiping

Masjid ini memang selalu ramai jemaah. Mungkin disebabkan terletak di tengah bandar Taiping dan berdekatan pula dengan stesyen bas. Tetapi yang penting adalah iman di hati. Jika iman di hati masing masing tidak suka solat di masjid maka dekat manapun tidak terlintas di hati untuk ke masjid.
Sesetengah orang sanggup berbelanja besar dan berkorban apa saja demi memastikan ia dapat tinggal berhampiran masjid. Beruntung dan berbahagialah mereka kerana setiap kali masuk waktu solat maka persekitaran akan diingatkan dengan laungan azan. Tetapi amat malanglah bagi yang tidak mahu solat kerana segalanya akan dianggap menceroboh kehidupannya.

Masjid ini mempunyai kawasan parkir yang luas. Walaupun hari jumaat tidak menjadi masaalah. Terdapat juga peniaga masih boleh berniaga dalam kawasanmasjid tersebut.

Ruang solat masjid ini sebenarnya telah ditambah daripada keadaan asal. Iaanya semakin melebar ke tepi untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

6 ulasan:

  1. dekat ngn sekolah kmpung jambu eh.. huhuuu

    jom hayati sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam L,

      blog yg bagus. Zaman sekarang org berebut jawatan. Dulu org berat nak terima jawatan tapi tak lupa berkhidmat.

      Padam
  2. pernah sekali singgah sini...siap mandi lagi, sebab malamnye nak pgi nite safari plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jose

      Alhamdulillah, Allah tidak dilupakan dlm apa keadaan pun. Sama sama meningkatkan iman kita.

      Padam
  3. sangat selesa bila singgah bersolat ruang di ruang solat muslimah.kemudahan tandas dan tempat berwuduk bersih dan memuaskan. saya amat berterima kasih kepada AJK pengurusan masjid. saya berdoa ahli-ahli masjid ini dikurniakan rahmat dan ganjaran pahala dari Allah SWT.

    SURAYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun ada singgah baru ni. Masih ada ruang tambah baik pihak ajk masjid kena buat. Tandas bersih tapi selak pintu tak ada nak tutup pintu. Yg kelakarnya ada sebatang galah sepanjang lebih kurang 5 kaki digunakan utk menahan pintu.

      Padam