Rabu, April 04, 2012

Fasih Dahulu Bahasa Melayu

Sejak dahulu kita dengar Pertubuhan Dong Zhong menuntut kerajaan supaya membekalkan mereka guru guru yang mahir berbahasa Mandarin ke sekolah sekolah cina. Apa yang ingin aku bicarakan di sini ialah bukan sokongan atau penentangan terhadap desakan mereka, tetapi ingin menilai tahap kecintaan sesuatu bangsa terhadap bahasa mereka. Adalah perkara biasa sekiranya sesuatu bangsa sanggup bermati matian memperjuangkan bahasa bangsanya sendiri. Apa yang luar biasanya ialah apabila sesuatu bangsa itu tidak mencintai bahasa bangsanya sendiri.

Apapun dalam memperjuangkan bahasa ibunda sendiri, bahasa kebangsaan tidak boleh diambil mudah. Sekiranya Pertubuhan Dong Zhong amat serius menuntut guru guru di sekolah cina mahir berbahasa mandarin, adakah mereka sendiri semuanya sudah mahir berbahasa malaysia iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia yang buminya mereka pijak dan langitnya mereka junjung.

Mari kita menilai tahap penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan malaysia oleh para menteri. Memang amat menyedihkan terutamanya yang bukan berbangsa melayu. Kalau aku seorang Perdana Menteri aku akan pastikan tuntutan Dong Zhong itu dipenuhi sekiranya para menteri berbangsa cina dapat bertutur bahasa melayu dengah fasih. Tidak perlu aku sebut siapa, ada yang seperti nak terseliuh lidah berbahasa melayu. Ada yang macam baru 1 tahun duduk Malaysia. Aku rasa bahasa melayu Mat Bangla stesen minyak jauh lebih baik walaupun mereka baru 2 atau 3 tahun duduk di Malaysia. Kita tidak nampak kecintaan terhadap bahasa melayu itu di kalangan mereka.


Sepatutnya di saat ini bahasa melayu tidak lagi berada di era proses perjuangan. Martabatnya sepatut telah mencapai tahap antarabangsa apabila bahasa melayu ini sendiri dipertuturkan terutamanya di Malaysia, Indonesia, Brunai dan lain lain. Yang sedihnya di Malaysia sendiri kedudukannya agak tergugat disebabkan ianya dilihat sepi oleh golongan golongan elit. Kita tidak mahu strategi serampang dua mata sesetengah pihak dapat mencabar dan seterusnya menyahkan bahasa melayu dari bumi dan lidah bangsa ini.

Amat sukar untuk kita meletakkan harapan kepada pihak berwajib dalam memelihara keutuhan bahasa kita. Jauh sekali kita dapat menagih simpati kepada pemimpin pemimpin dalam mendasari semua sistem menggunakan bahasa melayu. Tiada bahasa yang dapat menjamin bahasa melayu kecuali bahasa undi.

sumber gambar: http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/10/banyak-pemimpin-yang-tidak-bangga_8095.html

5 ulasan:

  1. Salam YB... inilah agaknya yg Malaysia dapat setelah 50 tahun dibawah pimpinan yg konon memartabatkan bahasa ibunda. Kalau tak nampak akan dikata buta tapi yg celik pun dah kelabu.

    Memang betul mat bangla lagi fasih berbanding dgn yg duduk Malaysia sejak lahir hingga dah jadi menteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salal kakzakie,

      kalau kita sendiri tak sayangkan bahasa kita, mana mungkin bangsa lain nak sayang.
      Sama dengan agama, kalau kita sendiri tak hormat agama kita, mana mungkin org lain nak hormat agama kita.

      Padam
  2. Salam 1 malaysia.
    Saye dr indonesia.
    Negare indonesia kami tak sekaya malaysia.
    Tapi tau tak.bahase kita dr anak kecilpun kita org dah di dasari org tua(ibu)beri kita bahasa itu.supaya kita org cinta bahasa.
    kita org cari wang di malaysia
    Tak da salah malaysia belajar jg dr kita.
    Terimakasih...malaysia

    BalasPadam
  3. Salam TN

    Kita rumpun melayu menyanjung tinggi martabat bahasa ibunda.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam