Sabtu, Januari 21, 2012

Pembinaan Semula Surau Al-Amin, Taman Maju

Mungkin anda pernah membaca tentang kebakaran Surau Taman Maju Seri Iskandar di sini sebelum ini. Mungkin juga anda ingin tahu apakah yang keadaan kini surau tersebut lebih lebih lagi bagi insan pemurah yang telah berderma untuk tabung  pembinaan semula surau yang musnah itu.

Sebenarnya aku bukan penduduk taman ini dan juga bukan kariah surau ini. Oleh kerana surau ini terletak di pusat Seri Iskandar menyebabkan penduduk tempatan sering singgah di sini sekiranya waktu solat tiba. Lokasinya juga tidak jauh dengan tapak pasar malam.

Beberapa minggu lepas aku singgah di sini dan kebetulan masa itu aku ada membawa kamera. Maka aku ambil peluang untuk merakamkan keadaan terkini surau tersebut.
Kalau dilihat gambar di atas mungkin ramai mengatakan itu adalah rumah kongsi pekerja dari Indonesia. Tetapi itulah sebenarnya surau sementara tempat penduduk Taman Maju menunaikan solat berjemaah. Walaupun agak tidak selesa tatapi masing masing mengerti akan ujian daripada Allah. Apakah manusia itu akan tetap uth imannya kepada Allah walau apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah surau ini tetap makmur seperti biasa.
Pandangan aku tertarik kepada satu sudut di mana terdapat beberapa tempelan pada papan kenyataan. Aku membelek penyata akaun surau terbakar ini. Aku sekadar memaparkan apa yang di pandang di muka hadapan sahaja.
Apapun projek pembinaan semula telah bermula. Gambar dibawah dirakamkan lebih kurang 1 bulan lepas. Keadaan projek menunjukkan ianya berjalan lancar. Semestinya ahli kariah mengharap surau baru ini dapat digunakan pada Ramadhan yang akan datang.
Insyaallah akan ada paparan lagi selepas ini bagi mengetahui perkembangan pembangunan surau ini. Tanamlah rasa cinta kita terhadap rumah Allah sesungguhnya ia tempat mulia di muka bumi ini.

2 ulasan:

  1. TUAN YB,
    MEMANG TIADA MASAALAH BILA NAK MEMBINA ATAU MENGUBAH SUAI SURAU,ORG KITA MEMANG PEMURAH...
    YG JADI MASAALAH IALAH BILA SURAU TU DAH SIAP NAK MENGIMARAHKAN ATAU NAK MEMENUHKAN SAF SOLAT BERJEMAAH TERUTAMA DIWAKTU SUBUH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam TN 12:05

      sama juga nak masuk islam itu mudah jer, yg susahnya mempraktikkan islam itu. Yg penting iman kena ditingkatkan.

      Padam