Khamis, November 10, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Kalau zaman dahulu setiap kali selepas peperiksaan penggal ibubapa akan dipersembahkan oleh anak anak akan kad kemajuan yang menunjukkan prestasi pelajaran mereka. Maka senyum melebarlah ibubapa apabila markah yang terpapar semuanya tinggi. Berkerut serta mencukalah wajah ibubapa apabila pen merah melakar segala markah yang diperolehi anak mereka. Lantaran itu ada anak yang menyorokkan kad laporan daripada pengetahuan ibubapanya.

Sekarang ini kita tidak perlu khuatir akan muslihat anak anak yang berdalih menyerahkan kad prestasi pelajaran mereka. Pihak kementerian telah menyediakan halaman untuk setiap ibubapa meneliti prestasi pelajaran anak masing masing melalui internet. Kemudahan ini dapat dilayari di capaian di bawah:

 http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Sebenarnya ramai ibubapa yang masih belum sedar akan kemudahan ini. Melalui perkhidmatan ini maka dapat menambah keprihatinan ibubapa terhadap prestasi anak kita. Semoga anak bangsa kita akan lebih maju dalam memperjuangkan agama dan bangsanya di tanah air tercinta ini.
Sekalung tahniah untuk pihak sekolah yang memastikan data murid murid dapat dimuatkan dalam halaman tersebut.

6 ulasan:

  1. Seksa utk cikgu2,line sentiasa lembab..jam 2@3 pagi br ok..tengah2 key in line off,buat semula..

    BalasPadam
  2. RM100 Melaka Homestay 3Bilik2Toilet+Aircond.0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. salam TN,

    kita sekadar simpati

    BalasPadam
  4. Salam AMS,

    Kalau ke melaka nanti boleh lah contact...baleh dapat murah lagi kot.

    BalasPadam
  5. sekarang nie SAPS under maintainance... hampeh tol! penat aku bgn awal2 pagi semata2 nk key in markah...

    BalasPadam
  6. Salam Chegu Zul,

    sabar cikgu, walaupun nampak sia sia kerja tuh, insyaallah ada ganjarannya di sisi Allah.

    BalasPadam