Rabu, November 16, 2011

Masjid Jamek Ar-Rahman, Hulu Bernam, Selangor

Hulu Bernam dalam Selangor bersempadan dengan Tanjung Malim dalam negeri Perak. Dipisahkan oleh Sungai Bernam. Masjid ini baharu melalui proses penambahbaikan di mana kini kita boleh melihat akan keceriaannya terserlah apabila berada di luar atau di dalam masjid itu sendiri.

Setiap kali singgah di sini memang dapat melihat jumlah jemaahnya agak ramai. Ditambah dengan persinggahan para musafir bagi memenuhi tuntutan Ilahi.

Kita sering kecewa dengan kebersihan tandas tandas masjid. Namun keadaan tersebut amat berbeza dengan masjid ini. Kebersihan terjaga rapi. Mungkin atas sebab ianya baru, namun walaupun baru jika tidak diberi perhatian terhadap faktor pengurusan kebersihannya tetap akan kotor.
Gambar di bawah adalah satu objek yang agak tidak selesa untuk pandangan mata namun banyak memberi iktibar sekiranya ianya diambil sebagai penghayatan terhadap kematian.

Kereta mayat seperti ini sebaiknya diletakkan di bahagian paling hadapan kawasan masjid agar mudah dilihat dan boleh dijadikan sebagai peringatan atas kematian bagi para jemaah yang menghadiri masjid.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah saya pernah beberapa kali solat dimasjid ini termasuk dimasjid lama yg telah dirobohkan dan digantikan dgn masjid yg ada skrg ini.saya sempat mengambil gambar masjid itu sebelum ia dirobohkan... terdapat masjid asal hulu bernam disimpang 3 tak jauh dari situ dan ia masih digunakan...

    BalasPadam
  2. Salam TN 1:36

    Gambar gambar lama khususnya gambar sesuatu yang sudah tiada amat berharga. Simpan dengan baik.

    BalasPadam