إلهي لست للفردوس أهلاً *** ولا أقوى على نار الجحيمKalau ikut jadual sepatutnya kuliah Ustaz Onn malam tadi adalah pengajian tafsir Al-Quran. Aku memang puji ustaz ni tentang pengetahuan semasanya sebab dia ni rajin baca buku. Setiap kali kuliahnya ada saja buku baru yang dicadangkan kepada para jemaah untuk membacanya.
فهب لي توبةً واغفر ذنوبي *** فإنك غافر الذنب العظيم
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga Firdaus
Bahkan, aku juga tidak sanggup untuk ke neraka Jahim.
Maka kurniakanlah taubat (keampunan) kepadaku dan ampunilah segala dosaku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni segala dosa yang besar.
Malam tadi dia langsung tak masuk pasal tafsir sebab dok mengesahkan pandangan seorang ustaz yang bercanggah tentang zikir yang selalu kita dengar iaitu "ilahi las tulirfirdaus" dalam Youtube. Dia tidak menyatakan pengenalan ustaz tersebut. Dia kata kalau nak tahu pergi ke blog Tahu Faham & Amal.
Blog tersebut sudah link ke youtube untuk mendengar apa pandangannya tentang zikir yang selalu kita dengar di TV dan Radio.
Aku ingin mengambil satu hujah yang disebut ustaz Onn malam tadi bahawa ustaz itu tidak dapat membezakan perkataan "tidak layak" dengan "tidak mahu". Budak tahun 3 pun tahu membezakannya. itu belum kita merujuk kepada bahasa arabnya yang kita pasti tentu lebih jelas maksudnya.Itulah sebabnya dinyatakan daripada dahulu bahawa bahasa jiwa bangsa. Tidak faham bahasa maka punahlah bangsa dan agama sekali.
Aku telah membaca jawapan yang dijelaskan dalam blog itu dan mudah untuk faham. Dengarlah dan baca ulasan yang dibuat agar kita tidak keliru dengan pandangan yang berbeza sesetengah ustaz.
Salam YB,
BalasPadamKena masuk ke blog itulah lepas ini. Kakak selalu melagukannya ketika mendodoikan anak-anak tau dulu. Macam-macam dah sekarang nie YB...
Salam kakzakie,
BalasPadamApa pun perbezaan pandangan perlu disampaikan secara hikmah baru boleh mendatangkan natijah yg baik.
Salam YB,
BalasPadamMengikut fahaman saya, "aku tak layak untuk syurga firdaus" bermaksud suatu deklarasi dari penuturnya secara jujur dan merendah diri mengakui hakikat bahawa amalan-amalannya tidak cukup untuk melayakkannya memasuki syurga firdaus.
Bahkan untuk masuk mana-mana syurga Allah, bukanlah disebabkan oleh amalan-amalan kita walau sebanyak mana sekalipun. Sebenarnya kita masuk syurga semata-mata atas RAHMAT ALLAH SWT sahaja.
salam msh,
BalasPadamSaya amat bersetuju. Kalau bukan kerana sikap Pemurah dan Penyayang Allah memang tak layak kita masuk syurganya. Seolah macam lulus dapat markah kesihan saja.