Rabu, Oktober 12, 2011

Hudud Yang Tidak Diminati

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhJE9zkx7DMV3oXYEeHosaHn6lWGszqcFf5fnl30cWG2cWIHu_CdYw1z9qucr6JNnHNLqyHoxYVTGv7-2m_MGZvBakOTJwzx3RxEpcI1lwhjVWFBzndI5c9VBYUGwaKEPTtJIuWA3pVr0I/s1600/Padlock3.jpg
Kalau ditanya kepada si perompak, mana kau hendak hukuman penjara atau hukuman potong tangan. sudah tentu si perompak tu pilih hukuman penjara. Sebabnya apabila keluar penjara nanti boleh merompak lagi. Tetapi apabila ditanya kepada si mangsa rompak dah tentu dia mahu hukuman potong tangan dilaksanakan pada si perompak itu. Sebabnya harta dia dan harta orang lain dah kerap sangat kena rompak. Merujuk kepada hukuman yang diguna pakai sekarang ini, siapakah yang dipelihara, si perompak kah atau si mangsa kah?

Aku naik hairan sekarang ini mengapa orang terlalu takut dengan hukuman Allah sedangkan hukuman itulah yang seadil adil hukuman. Hukuman Allah lebih cenderong kepada melepaskan sipesalah daripada dihukum sekiranya pendakwaan dilakukan dengan bukti yang tidak betul betul meyakinkan. Tanpa sedikit kekeliruan. Yang orang takut sangat dengan hukuman Allah ni kenapa? Kalau kita tidak pernah merompak, tidak pernah berzina, tidak pernah memfitnah, nak takut apa dengan hukuman Allah. Mesti terlepas dari hukuman punya. Tetapi undang undang sekular belum tentu lagi, ikut budibicara manusia sebab undang undang itu manusia yang buat.

Sekarang ini manusia lebih suka membuat sesuatu kerana minat bukan kerana perlu. Apabila kita ingin menjaga iman kita mesti melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah kerana itu amat perlu bagi kehidupan kita sebagai hamba kepada Allah. Kalau ikut apa yang kita minat, kita akan kontra kepada semua perintah Allah. Oleh itu jadikan setiap kerja yang kita lakukan adalah keperluan yang mesti dilaksanakan kerana ianya tuntutan Allah.

6 ulasan:

  1. Rentetannya nampak sangat mereka yg takut itu melakukan perkara yg membolehkan mereka tergolong utk di hukum secara hudud itu yg tak mahu guna-pakai hukum Allah. Kalau tidak mengapa takut? Fikir secara logik kalau budak 7 tahun pun boleh mebezakan mana jahat mana baik, mana hodoh mana cantik.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Mereka seperti org yg sakit. Allah telah sediakan ubat utk mereka tetapi mereka tidak mahu makan ubat. Maka kita terpaksa mengangakan mulut mulut mereka utk menyumbatkan ubat ubat tsb.

    BalasPadam
  3. Salam YB
    Kalau hukum hudud dijalankan di Malaysia maka tidaklah setiap hari kita dengar berita bayi dicampak di sana sini macam campak sampah gamaknya. Juga tidaklah dengar berita bunuh sana, bunuh sini setiap kali baca surat khabar.

    BalasPadam
  4. Salam MSH,

    Betul tuh. Bila manusia tepikan Allah maka nilai nya jetuh lebih rendah drpd binatang. Itu sebabnya bayi sudah dilihat spt sampah bukan spt anaknya.

    BalasPadam
  5. kita lihat skrg ni hukum gantungpun tak dapat mencegah org dari mengedar dadah,dadah semakin banyak,pembunuhan,zina dan mencuri semakin berleluasa,so hukum Allah lebih kpd pencegahan dan mendidik manusia bukan menghukum...
    WALLAHUAKLAM...

    BalasPadam