Sabtu, Julai 03, 2010

Masjid Sultan Idris Shah ll, Slim River Perak

Masjid ini di ketagorikan sebagai masjid daerah kecil di negeri Perak. Terletak di pekan Slim River iaitu laluan menghala ke Sungkai. Nama masjid ini sama dengan nama masjid negeri di Ipoh dan masjid di Teluk Intan

Masjid baru ini siap beberapa tahun lepas menggantikan masjid lama yang bersaiz kecil. Kini jemaah kariah Slim River berbangga memiliki masjid yang indah dan besar. Namun tanggung jawab adalah lebih besar bagi mereka untuk memastikan masjid yang indah tersebut dimakmurkan dengan keramaian jemaahnya. Jangan jadi banyak tiang daripada jemaah.
Bangunan tandas dan tempat berwuduk terletak di belakang masjid.
Ruang parkir kenderaan yang luas memberi keselesaan kepada jemaah untuk meletakkan kereta terutama hari jumaat.
Ini kenderaan pengangkut yang sentiasa bersedia membawa ahli kariah yang akan 'berpindah' ke 'batu 2'. Di letakkan di sebelah kanan masjid. Agak terlindung, sebab laluan masuk ke kawasan masjid adalah sebelah kiri. Adalah lebih baik di letakkan di ruang yang paling mudah dilihat. Selain itu takung mandi mayat juga sepatutnya tidak dilihat sebagai barang yang mencacatkan pandangan. Hampir semua masjid atau surau menyimpan peralatan tersebut di stor bahagian belakang. Sekiranya disimpan diruang mudah dilihat ianya boleh mengingatkan akan kematian dan keinsafan dalam kehidupan ini. Sebaiknya biarlah dibahagian hadapan dan tersimpan dengan rapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan