Jumaat, April 09, 2010

Masjid Al-Hidayah, Asam Kumbang, Taiping

Memasuki kawasan masjid seperti terasa memasuki sebuah taman bunga. Itu sahaja sudah dapat menggambarkan kesepaduan pakatan kariah masjid ini. Masjid Al-Hidayah merupakan salah satu masjid yang boleh dijadikan model dalam sistem pengurusan masjid.
Laluan masuk ke kawasan masjid dihiasi susunan pokok pokok bunga  dan pokok hiasan yang sungguh menceriakan. Kita amat yakin tanpa gandingan AJK yang mantap dan pengurusan kewangan yang cekap, mustahil sesebuah masjid dapat ditadbir dengan baik.
Sudah menjadi kecenderungan banyak masjid melantik orang yang mempunyai kedudukan pangkat yang tinggi atau mempunyai pengaruh menganggotai AJK masjid dengan harapan mendapatkan kesempatan daripada pengaruh yang dimiliki. Hakikatnya bukan itu yang merupakan ciri ciri utama dalam pentadbiran masjid. Jika AJK masjid jarang jarang ataupun kadang kadang sahaja menjenguk muka ke masjid bagaimana mungkin dia boleh mentadbir atau menyumbang dengan sempurna. Apakah tandas masjid sempurna. Sistem audio jelas kedengaran. Persekitaran masjid kemas. Kebersihan masjid terpelihara. Kebajikan kariah masjid terpelihara. Majlis majlis ilmu berjalan dengan baik. Para kariah beramai ramai memakmurkan masjid. Masjid mempunyai dana mencukupi. Barbagai bagai aspek perlu dipantau sepanjang masa.
Jawatan dimasjid tidak boleh dipandang dari sudut glamour malah orang yang memegang jawatan tersebut mesti sanggup berkhidmat dan menyumbang masa dan tenaga dalam pengurusan masjid. Adalah lebih baik melantik jemaah yang rajin ke masjid menganggotai AJK masjid walaupun ia tidak mempunyai kedudukan atau pengaruh dalam masyarakat. Kecintaan terhadap masjid akan menimbulkan rasa tanggung jawab dalam melaksanakan tugasnya.

Apabila memasuki Masjid Al-Hidayah , kita akan teruja dengan kebersihannya. Ruang luar yg menghala ke dewan sembahyang sungguh luas dan bersih lantainya.
Ruang lapang ini dimanfaatkan sebagai tempat menjalani kursus haji untuk para bakal haji. Terdapat kemudahan yang tersedia bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

Syabas dan tahniah kepada para AJK dan kariah masjid yang menampilkan ciri ciri masjid sebenar yang sesungguhnya perlu dicontohi oleh banyak masjid dimana mana ketika ini.

6 ulasan:

  1. Aku rasa terkilan bilamana pembesaran Surau Jenaris yg baru dibangunkan. Kawasan Surau amat kecil Jemaahnya pula memang melimpah ketika solat Jumaat.

    Isunya Surau Jenaris kini telah menjadi hutan batu; tak ada lagi barang sepohon pokok merendang bagai dulu. Memang ini musibahnya bila banyak surau telah diberikan kebenaran mendirikan solat Jumaat. Tidak mungkin ada lagi panggilan surau ini menjadi taman nan permai. Pokok memang tidak mendapat tempat di kawasan surau.

    Hanya perlu jiwa di dalam yang dapat mencari damainya; bukan lagi persekitarannya.

    Aku masih amat menyukai suasana Surau Bunian yg sering kutulis dalam blogku sebelum ini!. Masih mengekalkan persekitaran hijaunya.

    BalasPadam
  2. Salam Idan

    Surau Bunian masih banyak lagi kat negara kita ni. Malah makin bertambah dari masa ke semasa. Bila manusia tidak memakmurkan surau maka org bunian lah akan meramaikannya.

    Kalau surau di naik taraf utk mendirikan solat jumaat itu perkembangan baik. Maknanya ramai jemaah. Cuma terpaksa korbankan dunia utk akhirat. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  3. Salam..

    Saudara YB,

    Masjid ini sememangnya dijaga rapi oleh kariah. Penduduk taman ini juga bekerjasama dalam memastikan kebajikannya. Tidak hairanlah jika masjid ini pernah menjadi Masjid Terbersih Peringkat Negeri Perak selama beberapa tahun berturut-turut. Di sini juga juga bersemadinya arwah abah dan mak saya. Alhamdulillah, masjid ini bukan saja dihiasi luaran saja tapi mereka juga yang menghidupkannya.

    BalasPadam
  4. W,salam TN/Solat,

    Ahad lepas, waktu asar 8 ogos 2010 saya singgah sekali lagi di sana. Kali ini saya ada terpandang Sijil Pengurusan Masjid Terbaik Negeri Perak. Jika tidak silap tahun 2009. Tahniah utk semua kariah masjid.

    BalasPadam