Rabu, April 14, 2010

Ikan Ikan Sungai Bil 1

Aku rasa bertuah dilahirkan di kampung ku ini. Suatu yang amat berharga kurniaan Allah memberikan jutaan nikmat untuk penduduknya. Sesungguhnya menjadi nadi kehidupan sebelum sumber air dibekalkan oleh kerajaan. Segala puji bagi Allah kerana air mentah daripada sungai ini menjadi minuman ketika itunamun seperingatan aku tiada orang kampung pernah mengidap penyakit taun. Airnya amat jernih yang mengalir menyusuri dicelahan batu mengiramakan desiran yang lunak buat santapan halwa telinga sejak berzaman.
Tidak sekadar air bersih lagi jernih kurniaan Allah, didalamnya pula terdapa tberbagai jenis ikan yang boleh ditangkap untuk dijadikan sumber lauk kepada penduduk. Sesiapapun tahu ikan yang hidup dalam air sungai yang jernih dan deras mempunyai kesedapan yang istimewa. Orang dahulu tidak gaduh dengan lauk untuk dijadikan hidangan. Didalam sungai tersebut tersedia khazanah sungai yang boleh dinikmati kesedapannya. Pilih sahaja jenis mana ikan yang ingin dimakan. Yang kecil ada, yang besar pun ada.
Antara nama spesis ikan yang ada di Sungai Bil ialah Selimang (Siammese algae eater), Lelan, Tengas, Sebarau, Putih, Sisik Tebal, Lamasai, Tilan dan lain lain. Yang paling popular dan banyak ialah Selimang dan Tengas. Ikan Selimang adalah seperti gambar di atas yang bulat dan panjang. Yang 2 ekor sebelah kanan itu ialah ikan Lamasai. Kemungkinan nama nama ikan yang disebutkan tidak sama dengan nama panggilan pada masyarakat lain walaupun jenis ikannya sama. Keistimewaan ikan Selimang terletak pada telurnya. Apabila digoreng telurnya yang berwarna kelabu akan bertukar menjadi warna merah. Anda boleh lihat telurnya di bahagian perutnya pada gambar di bawah.
Ikan selimang (Siammese algae eater) dan ikan lain yang bersaiz kecil kebiasaannya digoreng sahaja. Walaupun tulangnya banyak, apabila telah digoreng ianya akan menjadi garing dan boleh dikunyah begitu sahaja.
Apa bila pulang ke kampung, sambil mandi manda di sungai kebiasaanyan aku akan membawa peralatan menangkap ikan. Sekadar mengingati nostalgia ketika remaja dahulu yang mana aktiviti mencari ikan dengan kawan kawan menjadi sebahagian daripada permainan kami. Bukan semua orang mempunyai kemahiran istimewa ini. Jumlah ikan ketika itu banyak. Kini jumlahnya masih banyak namun saiz ikan ikan nya agak kecil sedikit berbanding dahulu.
Jala merupakan peralatan yang kerap digunakan di sungai ini. Terdapat juga teknik lain yg digunakan tetapi cara ini lebih praktikal (cara lain mungkin akan dimuatkan kemudian).
Aku tidak pasti masyarakat lain memanggil benda di atas ini apa. Tapi kami dikampung memanggilnya teropong . Cara memakainya ialah dengan melekapkan teropong tersebut dimuka dan tali getah hitam itu ditarik ke belakang kepala. Sebenarnya getam hitam itu adalah tali gantian. Tali getah asalnya telah putus. Maklumlah teropong ini terlah berusia lebih 10 tahun. Harganya ketika itu sekitar RM6 sahaja.
Umpama satu keajaiban di mana kita akan dapat melihat di dalam air seperti kita melihat di daratan. Penglihatan akan jelas apabila air dalam kejernihan. Ini akan memudahkan untuk melihat keadaan ikan didalam air.
Untuk muhasabah diri kita perlu melihat diri dari sudut luaran dan dalaman. Mana mungkin kita melihat dalaman diri tanpa ilmu. Sama seperti kita melihat di daratan, ke dalam sungai dan lautan. Mana mungkin kita boleh melihat didalam air tanpa alatan seperti teropong. Inilah asal nama blog aku.




5 ulasan:

  1. Lelan, Tengas, Lamasai & Tilan memang jarang aku ni dengar tapi tenguk ikannya biasa kita tangkap. Biasalah lain tempat lain sebutannya, aku biasa dengan lampam, terboi, talapia, haluan ikan yg kerap kita sebut.

    Tenguk gambar ini rasa makin tergamik hati untuk cepat kembali ke kampung!.

    BalasPadam
  2. Salam Dan,

    Tengas tu sebijik macam kelah. Lelan tu adayg panggil Rong. Selimang ni biasa di sungai air jernih dan deras. Ajak lah kengkawan pergi buru ikan ke sana.

    BalasPadam
  3. Aku baru pulang dari Kgku ramai anak muda di sana memancing ikan Jelawat dengan umpan buah kelapa sawit.

    Sungai itu bersebelahan dengan tanah pusaka Apakku; tak sabar nak bangunkan tanah tersebut.

    BalasPadam
  4. teringat zaman aku mengaruh sungai cari ikan, itu semua ikan arus deras yang diasa ada kat tempat batu batu air jernih atau jeram dan kawasan air terjun.. eheheh pengalaman selam kat kawasan air terjun (tempat kepala air jatuh) dalam gile oooi.. aku ingat ada dalam 24 kaki kot.tembak ikan sebarau dalam 1 kilo , Putih, Sisik Tebal, Lamasai, Tilan tengas.. fuh best siot..tu belum kira sungai dalam hutan lagi, main baung susuk batang, kerai,kopral (ikan ada 2 belang hitam kat badan)putih, lais,temperas,terbol,tapa,udang dan banyak lagi
    kalau main tempat lombong lagi la ikan haruan, bujuk,
    Akhirnya minat sangat aku pun menceburi dalam alam unit berunifom ehehe (TTP)apa khabar skot...
    pasal gila main ikan ni la...
    tapi kini nak mandi air terjun pun sejukkkkk..

    BalasPadam
  5. Salam syuhkriee,

    mencari ikan secara menyelam ke dalam air tidak sama dengan memancing yang sekadar berada di darat. Melihat ikan berenang renang didalam air memang menyeronokkan sehingga menjadi kenangan sekiranya aktiviti tsb sudah lama ditinggalkan.

    BalasPadam