Khamis, Mac 18, 2010

Masjid Al Khairiah, Taman Sri Gombak. Selangor

Minggu lepas aku pergi ke rumah abang ipar di Sri Gombak. Aku memang sahaja selalu singgah di masjid ni jika ke sana lebih lebih lagi jika waktu solat sudah hampir. Tapi pagi ini suasananya agak berlainan dengan hari hari yang lain. Dari bulatan yang menghala ke masjid tersebut telah kelihatan deretan kereta tersusun di tepian jalan menghala ke masjid. Setiba di masjid keadaan lebih sesak di mana semua kawasan parkir di penuhi kereta. Jenuh aku mencari ruang  tetapi tetap gagal. Aku tak boleh parkir jauh disebabkan bersama aku ialah mertua. Tak kan nak tengok mereka berjalan jauh. Akhirnya aku selitkan kereta di laluan sebelah bawah masjid. Aku tidak dapat sudut yang baik untuk snap gambar terbaik masjid ini.

Setelah sampai ke masjid baru aku ingat bahawa sekaran berlangsung kursus haji bagi bakal bakal haji yang akan mengerjakan haji pada musim akan datang. Oleh kerana kursus belum habis maka ramailah bekal jemaah haji berada dalam masjid.
Beberapa minit aku berada dikawasan masjid aku perhatikan banyak kereta berhenti menurunkan penumpang lalu masuk kemasjid. Daripada barang barang yang dibawa oleh mereka aku faham ada majlis akad nikah akan berlangsung di masjid tersebut. Patutlah orang ramai di masjid.

Dalam ramai ramai yang mengunjungi masjid untuk upacara pernikahan itu terdapat juga yang tidak menghormati masjid. Ada yang berpakaian tidak menutup aurat. Masuk masjid tidak boleh disamakan dengan memasuki rumah. Walaupun aku tahu majlis tersebut dilakukan didalam dewan masjid namun adab masjid perlu dijaga.

Bagi menghormati masjid, sembahyang sunat tahiyatul masjid perlu dilakukan. Kalau tidak tak hormatkan masjid namanya. Tidak kiralah samada kita masuk untuk solat atau untuk tujuan lain. Perkara ini banyak diabaikan oleh mereka yang masuk ke masjid untuk majlis pernikahan.

8 ulasan:

  1. Maaf Tuan-tuan, kenapa Masjid kita ni di kaitkan dengan Selayang...sedangkan kita di Taman Seri Gombak ni...dalam DAERAH GOMBAK...berposkod kan 68100 batu caves..bukan juga dalam daerah batu caves..daerah batu caves TIDAK ADA sebagai satu daerah..poskod SAHAJA 68100 batu caves. Maaf lagi tuan-tuan (dan puan-puan jika ada cik puan yg mmbaca ini)

    BalasPadam
  2. salam h jay nordin

    Maaf atas kesilapan tersebut. Untuk pembetulan saya padamkan Selayang tersebut.

    BalasPadam
  3. pada jumaat 29/04 tersergam poster didinding ,dgn potret murshidul PAS sdang melancar kutipan derma tetap bulanan yg anak2 kariah digalak ikut serta. kali pertama lihat potret maknusia dlm masjid.ok ke JAIS ?komisyen dibayar pd PAS ke?

    BalasPadam
  4. Salam iban,

    Tak pasti derma tu utk apa. Tetapi derma adalah jalan yg terpampang utk kita melakukan perkara baik semoga menjadi pendinding kita drpd api neraka nanti. Siapa rasa ada kebajikan atasnya digalakkan menderma.

    BalasPadam
  5. Nak tahu madjid ni ada tak buat kutipan zakat

    BalasPadam
  6. Wallahuaklam. Saya bukan kariah sini. Boleh juga Tanya ajk masjid.

    BalasPadam
  7. Wallahuaklam. Saya bukan kariah sini. Boleh juga Tanya ajk masjid.

    BalasPadam