Sabtu, Julai 10, 2010

Badan Keras Tapi Hati Lembut

Hati manusia boleh menjadi sangat lembut walaupun di tubuh yang sangat kuat dan pejal sebaliknya ada hati manusia boleh lebih keras dari batu walaupun di dalam tubuh yang lembut laksana sotong. 

Siapa tak kenal Mike Tyson atau nama islamnya Malik Abdul Aziz. Seorang peninju yang gagah seketika dahulu. Kerap menumbangkan lawan se awal pusingan 1. Sungguh kuat sehingga digelar Iron Mike Tyson. Baru baru ini bekiau berada diMekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Begitulah kalau Allah mendatangkan hidayahnya kepada seseorang umat, maka akan berubahlah corak kehidupannya daripada yang burak kepada yang lebih cantik.

Mike Tyson saat berbincang dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah

Sahabat Nabi kita Muhammad saw setelah menerima islam telah berubah akhlaknya. Saidina Umar Abdul Aziz seorang yang berakhlak buruk sebelumnya, setelah menerima islam maka akhlaknya menjadi sungguh cantik. Kalau orang sekeras Umar Abdul Aziz boleh berubah dengan datangnya islam masakan Mike Tyson tidak boleh. Walaupun tubuhnya keras dan pejal, lali dengan tumbukan dan hentakan namun seketul hatinya tetap lembut dan lebih daripada itu boleh menerima islam sebagai cara hidup sebenar.

  

Seorang yang bergelumang dengan gejala buruk seawal zaman kanak kanaknya, hingga peringkat namanya dijulang di seluruh dunia. Terakhir dipenjara kerana kesalahan memperkosa peserta.

 Mari kita lihat diri kita dan bandingkan dengan Mike Tyson, adakah kita sekuat beliau, adakah kita seganas beliau, adakah kita sekaya beliau, adakah kita se glamour beliau. Kalau dengan islam hatinya lembut, mengapa hati kita yang dah lama islam ini masih liat dan degil dengan perintah islam. Kita tahu rasuah itu haram, tapi berapa ramai yang masih melantak habuan rasuah. Kita tahu judi tu haram, tapi mengapa ada pihak cuba mempergiatkan dan menghalalkan aktiviti judi itu. Kita tahu fitnah itu lebih dasyat balasannya daripada membunuh tapi mengapa masih ada yang menggunakan fitnah sebagai senjata mereka. Walaupun hampir semua orang tak percaya fitnahnya namun demi menjatuhkan dan mengaibkan seseorang fitnah ditabur merata rata.

Rupanya seorang yang berperawakan lembut tetapi mempunyai hati keras laksana batu lebih bahaya daripada seseorang yang berperawakan ganas tetapi hatinya lembut setelah mengenal islam.

Selasa, Julai 06, 2010

Buah Naga

Pokok naga
 Ramai telah tahu dan menikmati buah naga. Ianya mula di tanam secara komersial di Malaysia walaupun tidak sehebat diVietnam dan Australia. Bagi aku pula ianya ditanam di depan rumah sekadar penghias persekitaran rumah.Tiada daun dan tiidak menyusahkan untuk menyapu sampah. Selain itu dapat menikmati kenakannya.

Spesifikasi buah naga adalah seperti berikut:
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Caryophyllales
Famili: Cactaceae

 Genus: Hylocercus
Spesies: H. undatus

Dalam proses pemeliharaan pokok ini aku sempat mengambil beberapa gambar semasa peringkat kejadian buah naga.
Bunga buah naga mula keluar di bahagian batangnya.

Bunga mulai membesar
 Mengambil masa 30 hari untuk dituai
Berbagai bentuk bunga

  
Bunga yang membusuk tak menjadi
Semut antara serangga yang membantu proses pendebungaan
Bunga siap sedia nak kembang
Kelopak sudah mula nak terbuka

Bunga sudah mulai kembang
Bunga buah naga hanya kembang di waktu malam sahaja
Bunganya kembang hanya sekali sahaja
Apabila kembang akan menghasilkan bau wangi.
Bau wangi bunya ketika kembang akan menjemput serangga untuk proses pendebungaan

Bunga sudah cukup kembang

Bunga akan kembang sehingga ke suboh

Apabila matahari mula terbit bunya akan mulai layu.

Bunga naga layu sejurus disimbah cahaya mentari

Bunga bunga yang kembang malam tadi melayu semuanya

Buah yang takmenjadi sebab membusuk
Keadaan bunga beberapa hari selepas kembang

Putik buah naga

Buah naga membesar

Bunga yang kering melayu masih melekat di buah
Buah mula menampakkan tanda tanda nak masak
Mengambil masa 3 hari untuk dipetik

Buah mulai berwarna merah


Buah naga siap untuk dipetik

Berbagai saiz buah naga bergantung penjagaan bajanya

Sedia untuk dinikmati
 Alhamdulillah, benih disemai buah dituai

Sabtu, Julai 03, 2010

Masjid Sultan Idris Shah ll, Slim River Perak

Masjid ini di ketagorikan sebagai masjid daerah kecil di negeri Perak. Terletak di pekan Slim River iaitu laluan menghala ke Sungkai. Nama masjid ini sama dengan nama masjid negeri di Ipoh dan masjid di Teluk Intan

Masjid baru ini siap beberapa tahun lepas menggantikan masjid lama yang bersaiz kecil. Kini jemaah kariah Slim River berbangga memiliki masjid yang indah dan besar. Namun tanggung jawab adalah lebih besar bagi mereka untuk memastikan masjid yang indah tersebut dimakmurkan dengan keramaian jemaahnya. Jangan jadi banyak tiang daripada jemaah.
Bangunan tandas dan tempat berwuduk terletak di belakang masjid.
Ruang parkir kenderaan yang luas memberi keselesaan kepada jemaah untuk meletakkan kereta terutama hari jumaat.
Ini kenderaan pengangkut yang sentiasa bersedia membawa ahli kariah yang akan 'berpindah' ke 'batu 2'. Di letakkan di sebelah kanan masjid. Agak terlindung, sebab laluan masuk ke kawasan masjid adalah sebelah kiri. Adalah lebih baik di letakkan di ruang yang paling mudah dilihat. Selain itu takung mandi mayat juga sepatutnya tidak dilihat sebagai barang yang mencacatkan pandangan. Hampir semua masjid atau surau menyimpan peralatan tersebut di stor bahagian belakang. Sekiranya disimpan diruang mudah dilihat ianya boleh mengingatkan akan kematian dan keinsafan dalam kehidupan ini. Sebaiknya biarlah dibahagian hadapan dan tersimpan dengan rapi.

Jumaat, Julai 02, 2010

Selamat Hari Jadi ke 12

Selamat hari jadi anak bongsu ku Muhammad Hilman. 1 Julai genap umurnya 12 tahun. Hari ini insyallah aku akan bawa ia ke pejabat pendaftaran untuk buat kad pengenalan. Ia pun tak sabar memiliki kad tersebut seperti kakak dan abangnya.
Pagi esok ia akan bertolak dari Seri Iskandar Perak mengikuti kem menjawab soalan UPSR di Hotel Cinta Sayang Sg Petani Kedah. Program tersebut dikendalikan oleh guru guru sekolahnya untuk 80 orang pelajar yang terpilih. Tahun ini akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga beliau mendapat keputusan yang baik.


Ini gambar ia bersama Tok Wan nya ketika kami mengerjakan umrah 2007.

Khamis, Julai 01, 2010

Buli Oh Buli.

 
Membaca dada akhbar tentang kematian pelajar yang dibuli membuat dada aku bagai nak pecah. Betapa sedih perasaan ibu bapa aruah Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 tidak dapat digambarkan.  Anak yang dihantar menimba ilmu nanti akan disambut pulangnya dengan ilmu penuh didada. Tapi apa kan daya anaknya pulang sejuk kaku penuh parut didada. Hati pasrah jika gugurnya anak di medan tempur. Tapi anaknya tewas sebelum sempat bertempur. Bukan di tangan musuh tapi akibat rakan yang sepatutnya bersama di medan juang.

Bukan cerita baru tapi cerita lama berulang kembali. Mati di asrama kena buli. Dalam satu komuniti terpilih. Anak anak yang diletakkan harapan ke atas mereka. Kelak memimpin masyarakat lain bersama sama menjulang kedaulatan negara dan mempertahankan kesucian agama.Tetapi mengapa pula boleh terjadi begini, zaman sepatutnya setiap mereka bergurau senda, berlari bermain penuh hilai tawa, melanggar sekadar berlaga. Ada yang dipaksa berehat sementara di pusara, jauh dengan ibubapa menanti seketika bidadari dan bidadara menjemput mereka bermain bersama.

Selasa, Jun 29, 2010

Menghormati Majlis Ilmu

 
Malam tadi aku berkesempatan mengikuti satu majlis ilmu di masjid sebuah universiti. Seperti biasa aku terpaksa mencari dinding untuk menyandar agar boleh bertahan lebih lama untuk duduk. Beberapa orang pelajar dan jemaah duduk dalam lingkungan di depan ustaz. Hadirin agak kurang kerana sekarang ini.cuti semesta. Kebanyakan yang tingggal hanya pelajar foundation.

Di ruang belakang dewan solat itu terdapat beberapa orang pelajar membaca Al-Quran. Segelintirnya diluar, solat, menelaah dan membaca Quran juga. Ustaz memulakan kuliah hadisnya berkenaan pengurusan tanah terbiar dan wakaf. Seperti lain lain kuliah sebelum ini, kebiasaannya suara ustaz akan dihimpit oleh suara pembaca pembaca Quran di ruang belakang. Sejak dulu aku memang tidak selesa dengan keadaan tersebut. Hendak duduk di depan ustaz agak sukar sebab aku terpaksa kerap melunjurkan kaki untuk menghilangkan rasa kebas. Adalah di kira tidak beradab sekiranya murid duduk menggelisah didepan guru. Murid perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru sambil duduk dengan sopan. Tidak boleh bercakap cakap. Banyak lagi adab dan etika dalam majlis ilmu yang digariskan oleh islam.

Sekali sekala aku memandang kebelakang niat memberi isyarat bahawa suara mereka membaca Al-Quran sedikit mengganggu majlis. Pernah aku menegur sekumpulan pelajar yang bersembang agar menghormati ustaz yang sedang memberi kuliah. Kalau tak mahu mendengar kuliah itu silakan keluar masjid. Entah mengapa malam itu semangat agak kental sedikit.

Sekali lagi aku memandang kebelakang. Kali ini aku mendengar suara berborak diselang seli ketawa kecil menggantikan bacaan Quran mereka. Aku lihat sambil ustaz berkata kata, pandangannya  kerap dilemparkan ke arah kumpulan pelajar itu. Aku paham ada tanda tanda kemarahan pada ustaz. Wajah senyuman sudah mulai hilang di wajah nya. Penyampaiannya hingga ke akhir kuliah agak lebih tegas.

Di penghujung majlis meletoplah apa yang ku jangkakan. Ustaz bersuara, " Pelajar pelajar di belakang sana tu tak berminat kah nak dengar apa yang disampaikan . Kalau saya pergi ke mana mana ramai orang datang nak dengar. Kalau kamu tak nak dengar kamu pergi keluar. Tidak baik ganggu orang lain yang nak dengar kuliah".  Ustaz menegur sikap beberapa orang pelajar yang tidak memberi tumpuan kepada kuliahnya malah berborak borak hingga mengganggu suasana majlis ilmu.

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar. 

Begitulah pentingnya majlis ilmu. Jemaah boleh terus duduk dalam masjid. jika ada guru sedang menyampaikan kuliah. Keutamaan ketika itu adalah bersama dalam majlis ilmu daripada mendirikan solat tahiyyatul masjid.

Jika ingin pun mambaca quran, maka bacalah di tempat yang terlindung daripada pandangan ustaz yang memberi kuliah. Ini dapat menghindarkan anggapan ustaz yang kuliahnya tidak disukai oleh mereka.

Janganlah berkata kata ketika kuliah yang menyebut ayat al quran atau hadis, kerana ayat al quran itu adalah kata kata Allah dan hadis itu kata kata rasulullah. Maka itu adalah kata kata yang lebih baik daripada yang lainnya.

Aku rasa satu pengajaran besar buat mereka malam itu. Banyak pengajaran lain juga perlu perlu mereka pelajari lagi. Begitu juga dengan yang lain yang tidak mengutamakan kepentingan majlis ilmu. Dan banyak lagi yang perlu di lemparkan oleh ustaz kepada mereka. Mereka kumpulan muda yang masih keliru yang mana lebih penting daripada yang utama.

Khamis, Jun 24, 2010

Ayam Cucuk


Kelmarin waktu lunch aku ke bengkel kereta untuk tukar 2 buah tayar diBatu Gajah. Setelah memilih jenis tayar dan tawar menawar harga, aku  mencari kedai makan. Aku tidak punyai banyak masa. Pukul 2 PM kena masuk pejabat semula.

Setelah menyusuri beberapa buah kedai, aku terpandang seorang wanita melayu separuh umur berdiri di depan kedai. Ku lihat kedalam terdapat beberapa meja makan dan kabinet kaca untuk mempamerkan beberapa jenis lauk. Lantaran perut pun dan berkeroncong  aku  masuk. Di dinding terpampang senarai menu ditulis dalam bahasa malaysia. Pelanggan tidak ramai cuma terdapat 2 orang bangsa india berborak sambil minum.

Aku capai pinggan yang telah diisi nasi oleh wanita tadi. Semua lauk pauk yang di sediakan sama seperti lauk di restoren mamak. Tiada satu pun lauk bercorakkan masakan melayu. Terlintas difikiran bahawa ini rupanya kedai mamak. Tak kisahlah aku pun minat juga masakan mamak. Tatkala aku ingin duduk, kulihat terdapat beberapa helaian akhbar tamil di atas meja. Aku cari akhbar melayu satu pun tiada. Hati mula berkata semula, ini kedai mamak ke kedai hindu. Aku periksa semua dinding kedai tersebut, tiada satu pun ayat bismillahirrohmanirrohim ditampal. Lambang 786 berserta bulan bintang yang menjadi trade mark restoran mamak juga tidak kelihatan. Sah lah aku sudah tersilap masuk restoran bukan islam.

"Kakak, tolong bungkus nasi ni, saya tak jadi makanlah, kira berapa?
" Ehh ehh mengapa pula?
Sambil memasukkan kedalam polistrin beliau berkata RM3.50.

Ketika aku menghala ke kaunter bayaran, salah seorang daripada orang india yang berborak tadi juga menghala kekaunter. Rupanya dia tokei kedai itu. Sambil menghulurkan duit ku lihat di dahinya terdapat samar samar tempelan nandek/tambi berwarna merah.

Dari luar aku memandang menghala ke restoran itu. Tiada papan tanda nama restoran. Cuma ada banner yang tidak boleh dibaca sebab sudah terlipat ditiup angin. Sebelum aku melangkah jauh ku lihat seorang lelaki bekulit gelap siap berkupiah berada didalam kedai.

Aku meneruskan pencarian kedai makan. Tangan aku menjinjing sebungkus nasi yang dibasahi kuah kari  berlauk seketul ayam goreng dan sesenduk sayur. Di hujung blok bangunan itu terdapat sebuah restoran melayu. Selesai menjamu selera aku bayar harga makan RM4.50.

"Bang, di belakang kedai ni ada kucing tak? Tanpa menjawab, mukanya cemas kerana agaknya mensyaki aku pegawai kesihatan.
""Ini ada sebungkus nasi, saya nak bagi pada kucing" Setelah menerangkan segalanya, beliau mencapai nasi di tangan aku lalu membawanya kebelakang kedai. Aku pun keluar dengan hati berkata, nyaris aku tak makan ayam cucuk. Apa kah kedai tadi milik orang islam atau satu penipuan terhadap orang islam. Aku akan cari kepastiannya.

*sumber gambar kredit :http://dehewaraspak.blogspot.com

Rabu, Jun 23, 2010

Tegakkan Kebenaran

 
Kita mengetahui sejarah bahawa berapa ramai di kalangan masyarakat Quraisy mengakui kebenaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamammad s.a.w. Datuk dan bapa bapa saudara nabi juga nalurinya mengakui akan kebenaran ini. Namun atas tuntutan keduniaan dan kekuasaan maka semua itu dinafikan hingga akhir hayatnya.

Fenomena ini masuh menular dalam masyarakat kini. Malah mungkin lebih dasyat. Berapa ramai yang yakin akan kebenaran sesuatu perkara. Yakin akan dustanya sesuatu cerita. Yakin akan halalnya dan yakin akan haramnya sesuatu benda. Tatapi keadaan masih sama di mana atas tuntutan keduniaan dan kekuasaan maka semua itu dipersetankan. Sanggup mengorbankan keimanan demi desakan nafsu kehidupan.

Kita yang masih bernyawa, masih waras fikiran, masih punyai masa dan harapan, mari merenung sejenak antara  kehidupan kini yang sementara  dengan kehidupan masa hadapan yang panjang tanpa kesudahan. Apa sangatlah kemewahan dan keseronokan duniawi yang hanya sekadar 10 tahun, 20 tahun ataupun 60 tahun. Bayangkan pula keseksaan akhirat yang nisbah tempohnya satu hari akhirat sama dengan seribu tahun dunia.

Maka suburkanlah iman yang telah ada di lubuk hati kita. Hidupkanlah dengan amal amal soleh. Abaikanlah perkara perkara mungkar. Hindarilah cerita cerita fitnah. Sokonglah perjuangan di jalan Allah. Kita tidak punyai banyak masa lagi. Kita telah digambarkan akan kiamat besar dan kiamat kecil. Jangan kita nanti menyesal tatkala Isfafil membangkitkan kita:
Wahai manusia
yang sudah menjadi tulang temulang
yang sendi sendi telah putus
yang daging berhamburan
yang rambut bertaburan
bangunlah dari tempat persemadian mu, kerana Allah ingin membuat perhitungan dengan mu. Kerana Allah ingin memberi pembalasan terhadap mu. Balasan terhadap perbuatan baik mu atau balasan terhadap perbuatan jahat mu.

Isnin, Jun 21, 2010

Kusambut panggilan-Mu, Ya Allah

 
Ya Allah kau selamatkan lah perjalanan pergi dan perjalanan balik ku. Kau selamatkanlah ahli keluarga dan harta yang ku tinggalkan. Kurniakanlah kami umrah mabrur. Alhamdulillah aku dan isteri telah kembali dengan selamat. Allah telah makbulkan permohonan kami. Bertemu kembali anak anak dan ahli keluarga serta kawan kawan.

Aku berangkat dengan pesawat Biman. Orang kata kalau tak delay tak panggil Biman. Begitulah gambaran   Bangladesh Airline lantaran penerbangannya kerap tidak mengikut jadual. Penerbangan KLIA ke Dacca dijangkakan 13 jun pada 0030 berlepas lebih kurang pada 0400. Lewat 4 jam. Biman juga merupakan salah satu penerbangan yang masih menggunakan Boeing DC-10. Aku tak mahir tentang pesawat tetapi aku tahu ini pesawat jenis lama. Bukan aku takut mati. Tapi aku takut tak sempat mati di tanah suci. Jika ke tanah suci kita sepatutnya berazam untuk mati di sana. Jangan kita takutkan mati tetapi yang perlu takut ialah hidup selepas mati itu. Selamat atau celaka, syurga atau neraka. Dalam hati berkata, yang penting aku mesti sampai ke sana.

Doa terdahulu semasa melakukan tawaf wadak diperkenankan Allah: Ya Allah, jangan Kau jadikan kunjungan aku ini kunjungan yang terakhir. Kau jemputlah aku kembali ke sini. Alhamdulillah pesawat Biman selamat mendarat di Jeddah. Ya Allah, hamba datang memenuhi undangan-Mu

Kami bersama rombongan Darul Mubarak berpusat di Seri Iskandar Perak seramai 61 orang memasuki Madinah teerlebih dahulu. Selepas 3 hari kami bertolak ke Mekah siap berihram.

Labbaikallohumma labbaik..
Labbaikalaa syarikalaka labbaik..
Innal hamda wanni’mata laka wal mulk laa syarikalak..

Kusambut panggilan-Mu, Ya Allah,
Kusambut panggilan-Mu.
Kusambut panggilan-Mu,
Tiada sekutu bagi-Mu,
Kusambut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji,
Kurnia dan kekuasaan hanyalah milik-Mu,
Tiada sekutu bagi-Mu.


Mekah yang ku tinggalkan 3 tahun lepas kini jauh berbeza. Kebanyakan bangunan sekelinling Masjidil Haram diruntuhkan. Mekah baru akan dibina. Masjidil Haram diperbesarkan. Hotel hotel sekeliling akan dibina baru. Pembinaan terancang demi keselesaan para jemaah akan datang. Oleh itu habuk dan debu debu kesan runtuhan dan pembinaan bagunan memutih persekitaran masjid.

Setelah beberapa hari di Mekah aku ambil kesempatan untuk menjejaki blogger CL yang bertugas di Al Safwah Royale Orchid Hotel. Aku tidak menggunakan handphone di sana. Jadi aku terjah saja ke hotel tersebut. Hari pertama gagal menjumpai beliau tetapi maklumatnya diperolehi melalui kaunter pertanyaan.Sekadar bertemu si memey yang pernah dimuatkannya dalam entry terdahulu.
Cuba anda bandingkan pula dengan yang ini. Kan sama. Dengan makhluk lain pun boleh berjumpa jika telah dijanjikan. Ini petanda insyaallah aku akan berjumpa CL.

Hari ke dua aku terjah lagi. Kali ini aku tuju ke restoran D,Saji. Alhamdulillah kelibat beliau ku lihat dari jauh bersama 2 orang pak arab sedang minum.

Assalamualaikum CL yer?
Ya, saya. Siapa ni?
Saya YB.
Ooooo ini ke YB, baru jumpa.

Awal awal aku minta maaf sebab masa gathering dahulu tak dapat datang. Siapa yang dah kenal CL, tak perlu diceritakan lagi, beliau memang mudah untuk didampingi. Sedang kami berborak borak datang pula blogger Datin Sophie. Maka makin hangatlah suasana. Kami sempat bergambar bersama(Datin Sophie, CL,YB, isteri Rosnah, adik Datin)

Alhamdulillah, Allah juga memperkenankan hajat aku untuk mempertemui blogger yang sering menyampaikan meklumat terkini berkenaan tanah suci Mekah dan Madinah. Bagi para pembaca yang mencari maklumat tersebut aku syorkan agar mengikuti blog beliau PDKM di sini. Walaupun sebentar namun ukhwah silaturrahim pertemuan terikat. Aku bersama isteri bergerak meninggalkan CL dan Datin Sophie serta keluarganya.